Confessional Preface

Hello, Mimi's here. My confession starts in 3, 2, ....

Wednesday, October 4, 2017

My 'True' Feelings about Boyfriend and Marriage

So, asalnya aku malas nak buat update pasal topik diatas, tapi memandangkan 5 tahun telah pun berlalu since post ini - aku fikir ada baiknya kalau aku buat jugak. Apatah lagi bila melihat banyak kenalan highschool serta classmates zaman Matriks and UKM yang kini telah pun mendirikan rumah tangga; I feel a bit inspired nak update pasal my own personal life. Hope you guys don't mind to read it.

To be honest, kalau cerita pasal love life, aku pun tak pasti nak start macam mana...  Aku dah nak masuk 25 years old this year, but my love life so far has been pretty much... non-existence. Huhu, but menipulah kalau aku kata yang dalam tempoh macam tu aku tak cari langsung. Of course, I do. Dan sudah semestinya, manusia sekeliling aku pun berminat nak tahu progressnya... Daripada mak aku, ke mak cik-mak cik, ke member-member... Yeah, I totally get it why you guys are curious about this. Skrip soalan pun rata-ratanya lebih kurang sama je sampai aku pun dah naik hafal. 

Here, I even put some of the dialogue kat bawah ni:

Member A / Mak cik A: Kau dah ada boyfriend ke Mi? 
Aku: Tak. Belum lagi.

Mak cik A: Kenapa takde boyfriend? 
Aku: Ntahla. Tak tahulah... 

Mak cik A: Agaknya pasal ko sibuk study je kot, mana nak ada boyfriend...
Aku: .............


So, untuk mengelakkan soklan sama direpeat banyak kali, aku jarang sangat jumpa or contact mak cik / member-member aku. Diorang semua okay jer, cuma aku ni yang tak berapa nak hokay setiap kali di tanya pasal hal ni. I'm sure benda ni pun relatable to all single ladies out there. I mean, siapa je yang suka terkena soklan-soklan camni kan? Kenapa takde boyfriend.... Bila nak kahwin? Bla bla bla... Hisy, manalah aku tau? Banyak gila faktor kalau nak dissect sampai lusa pun tak habis. Cuma bezanya aku dengan those ladies - diorang probably masih mencari their own perfect guy, but me? 

Nope. Aku dah lama surrender pasal hal-hal mencari jodoh ni....

Whutt?? Ko biar betul Mi... Kahwin tu kan sunnah asal ko tanak buat lak? Well, aku nak explain la ni... But first bagi aku drop disclaimer dulu ye. Niat aku menulis post ni bukanlah untuk memburuk-burukkan orang yang dah ada bf/married ataupun nak tunjuk yang aku jealous ke hapa so chillek bro. Jauh sekali nak raih simpati korang untuk carikan aku suami/bf. Aku tak perlu semua tu... Aku tulis post ini sebenarnya cuma nak explain yang kenapa while having a boyfriend and getting married might work for others; it's never gonna 'work' with me. Hah, curious tak curious tak? Kalau ya bagus because sekarang aku leh explain some more dengan menggunakan 6 list of example dibawah;

1.) Masih belum jumpa dengan calon yang sesuai

Alasan yang cukup cliche' but so true. Aku rasa dalam 5 orang lelaki yang aku jumpa in my daily life; almost 3/5 of them are already married. Whoa, kalau dah cenggitu takkan takde lelaki kat online kot? Well, ada tu memang la ada, tapi aku tak percaya sangat jantan-jantan online ni. Yang kahwin boleh mengaku diri dia single, yang dah berpunya pulak boleh pasang dua tiga (while still claim diri mereka single)... Ahahakss.. no thanks. Sebenarnya aku ni jenis yang lagi prefer meet-people-in-person, kenal hati budi and bla bla bla dulu before carry on. Fate sangatlah katanya. And a bit of old-fashioned too, I know... Oh, well that's just me.    

2.) Lack of reason untuk berkahwin

Tell me, kau  cari jodoh sebab apa? Kahwinlah, takkan itu pun tak tahu? Dapat teman sehidup semati (#mogakeJannah), untuk re-populate this earth (#expectingparents), dapat green-card (#opss) and banyak lagi la reason lain sampai tak cukup untuk dilistkan. Ya, aku faham desire tu but weirdly - I don't have the same urge. Memang aku pernah tulis dalam blog ni yang aku ada plan untuk ada 5 orang anak (1 older son, 2 boy twins, another boy and lastly, a cute and beautiful baby girl). However, as the time goes by - desire aku to have my own kids becoming less and less... important. It's not like I hate kids (okay sometimes I do but only for a good reason), but aku rasa macam tak ideal je dengan life yang aku cuba envisionkan for myself. So, when you take the kids out from the equation of marriage, what's left? My lack of desire to get married... 

3.) Education Junkie

As far as I'm concerned, flowchart life orang lain macam ni:

SPM/STPM/Diploma/Ijazah -> Cari/dapat kerja -> Ada boyfriend/girlfriend from highschool/uni/work place/online/match-making/etc -> Engaged -> make $$$ -> Get Married -> Start a family life -> Raise the child together -> See your kids grow up.

Flowchart life aku lak:

SPM -> Matrik - > Ijazah -> Master - >  Find part-time/full time work -> saved $$$ for PHD -> Apply PHD after 2 years (probably) -> travel the world to gain more knowledge -> acquire new hobbies/skills after I'm done travelling -> write a book maybe?

Mostly study and work. Korang tak nampak pun boyfriend or marriage kat flowchart tu. I'm not sure why, but everytime I think about marriage... this one word keep come floating through my head. Domesticated. Like, wtf? Ingat anak kucing ke nak kena domesticated bagai? Sorry to the housewife/homemaker out there please jangan ambil hati ya? When I try to think about my life with another person, my brain just terus shoot ke situ. I guess the best way to sugar-coat it so that I tak sound like a bich is that; I'm an independent spirit. Tak suka berubah untuk orang lain dan paling pantang apabila dikongkong! Hisy, sampai ke situ lak fikirannya patutlah tak laku-laku. Huhu, kantoi sudah tapi aku rasa benda ni lah yang paling drag aku punya reasoning untuk mencari teman hidup. Sad? Yep. Stupid? Maybe. Single? Definitely. But that is my honest feeling... Mohon jangan judge.


4.) Kurangnya desakan parents untuk berkeluarga

Aku tak pasti parents orang lain macam mana, tapi parents aku ni jenis yang tak kisah. Kau nak kahwin umur berapa - tak kisah asalkan ko habiskan study dulu dan ada kerja... Kau nak berapa orang anak - suka hati, asalkan tahu jaga sendiri dan tak menyusahkan kami nanti. Ciri-ciri menantu pilihan - terpulang, asalkan bukan menantu yang perangainya macam hantu... Wedding expanses? Cari sendiri atau share ngan bakal husband sebab kau yang nak kahwin kan... See where am I going with this? Parents aku tak pernah push aku untuk berkahwin ataupun cepat-cepat bagi mereka cucu. In fact, dan dan je time aku nak bukak cite pasal boyfriend, time tu lah mereka ada hal lain...Personally, aku rasa parents aku lebih happy kalau aku single and unattached dengan sesiapa. Reason? Ntahlah aku sendiri tak tahu sebab aku malas nak tanya. Anyway, since statistic lelaki single dalam life aku almost non-existent pun, there you go for my fourth reason.

5.) Mostly.... Asexual

Okay, sila jangan click away ataupun muntah hijau bila nampak ayat di atas. Aku bukan nak start bukak topik lucah kat sini. As a legal adult I need to clarify where I stand about this (sexuality). Yes, betul aku sukakan lelaki dan poster kat bilik aku memang penuh gambar abang mat saleh handsome, but that doesn't mean that I'm sexually attracted to them. Aku lebih kearah spectrum yang nak kenal hati budi and having emotional bond with the opposite partner (without any touching or sex involved). In an ideal world mungkin wujudnya lelaki yang also have the same thought as me, but tbh I don't think this is what 'ideal' for normal guys. I mean ade ke lelaki yang nak kenal dengan perempuan hanya sekadar untuk kenal hati budi je? #realtalk. Anyway, walaupun lelaki yang aku nak ni most likely tak wujud, my sexual orientation is for real tho.

6.) Masih belum bersedia secara mentally and... physically

Haha, jangan start nak fikir kuning ye kat part yang last tu. Aku tahu mesti ada otak yang dah divert ke lain ni (sila refer balik no.5). So, selain banyak perks for being forever single - ianya ada gak downsidenya. Paling ketara adalah cara aku berfikir and how I handle the situation... Aku tak pernah tahu the feeling menunggu bf atau mendapat approval dorang untuk ke mana-mana bagi mengelakkan kes merajuk atau cemburu and vice-versa. My money, energy, and time - hanya untuk aku seorang je. Kalau ko cakap yang aku suddenly kena split masa dan energy untuk orang lain because aku kini dah ada bf, aku akan cakap ko crazy. I mean no way, man... 25 years aku hidup tanpa boyfriend, logik akal aku tidak boleh nak cope dengan misteri alam yang tiba-tiba macam ni. Mental dan fizikal aku aren't totally prepared yet...

So, that's it guys.... My 'true' feelings about boyfriend and marriage. Now you know where my stand in this. But before anyone start fikir yang aku memang takde niat nak ada bf/ berkahwin sampai bila-bila; fahamilah bahawa tanggapan korang tu adalah salah. Aku tak menolak jodoh dan ketentuan Illahi but for now, I'm just playing with the hand I was dealt. That's all... Thank you for reading this entry. See you all soon!
  

No comments:

Post a Comment