Confessional Preface

Hello there! I'm currently using Shopee apps to make most of online purchases. You can join me too by installing the apps on your phone and use my referral code: MIMIS252 for RM7.00 off your first order. My treats ;). Anyways, let get back to this blog. My confession starts in 3, 2, ....

Saturday, October 14, 2017

Graduation kali ke-2

Salam semua. How y'all doing? Hope everyone is doing fine.

Jadi kembalinya aku sekali lagi ke blog ni adalah kerana aku ada benda best nak cerita. Ok, mungkin bukan untuk orang lain lah, but untuk aku ya. Hope korang sudi menbacanya :) 

Anyway, so aku tak tahulah kalau ada yang masih ingat atau perasan yang dalam post ini, aku ada mention yang aku kini sedang sambung pengajian master. Aku rasa para Malaysian familiar kot bila aku sebut. Uni tersebut adalah sebuah IPTA yang bernama Universiti Malaya ataupun nama singkatannya, UM. Then, lepas je post tu, aku langsung tak mention anything dah pasal master study aku. Senyap-sunyi jer. Haik, apa dah jadi? Awak sudah kantoi ke cik Mimi? Or adakah aku ni golongan yang hanya hangat-hangat tahi ayam, konon sambung master 1 sem, pastu chiao-shin-chi and never to be seen again? Chilzz guys... Semangat study aku masih membara lagi even after I made that post.

Cuma tulah, lepas je aku bagi update tu, aku terus je menyepikan diri. Benda-benda lain aku share kat world wide web, cuma part study je aku akan elakkan. Aikk, kenapa begitu pula, cik Mimi? Menuntut ilmu tu kan satu perkara yang baik, kenapa perlu disorok-sorok pulak? Ya, memang pun but I had my own reason for doing so. Are you curious?

Ok, let me explain...

Seteleh je aku habiskan publishing projek around Feb-June 2016, aku telah di sarankan oleh supervisor (sv) agar menulis proposal immediately. Plan aku nak start Sept 2016 je but no-no, awak kena jugak start sekarang kalau mau G.o.T. G.o.T yang dimaksudkan di sini bukanlah 'Games of Thrones' okeh, but 'Graduate on Time'! Haha, semenjak zaman UKM lagi, pressure untuk graduate on time ini amatlah menyiksakan jiwa. Apatah lagi kini sudah bertambah bila aku agree untuk amik scholarship dengan kerajaan (aku telah ditaja oleh MyBrain15). Lagilah pressure untuk habis awal. So, that's when I decide to shut myself from the world a bit. Malas nak pening-peningkan kepala fikir pasal isu-isu yang takde kaitan dengan tesis aku. Jemputan kahwin, kenduri-kendara dan sebagainya memang aku tak amik port. Terpulangla kau nak fikir or kata apa... Tak campur orang ke, katak bawah tempurung ke, ronin sekalipun; aku telan je semua dulu asalkan tesis aku ni jalan...

But, here a thing...

Walaupun aku dah complete coursework aku (in which I took 6 subject in one-shot) and finished my publishing project within a year, aku still tak tahu nak tulis tesis pasal apa. Tambah pulak aku ni budak Sc Comp dulu, lagilah idea aku tu tersangatlah limitednya. Still, I know it's something that needed to be done. But, thinking about something and doing it is not as easy as it sounds... Buat tesis ni perlu berdasarkan fakta serta research yang teramatlah banyaknya. Even kau dah cari beratus-ratus sekalipun, kau masih akan rasa reference kau tu tak cukup-cukup lagi #truestory... Luckily, I had found one research topic that I am interested in and when I talk about it with my sv, she's interested in it as well so memang senang lah nak communicate (I feel lucky on this regard).

Selain proses mencari bahan research, aku juga perlu join meeting proposal defense (pd) and candidature defense (cd) student lain. Yang ni bagus di attend kalau nakkan inspirasi for structure tesis sendiri, but seingat aku aku hanya attend meeting ni dua kali. Why? Banyak reason kalau nak cakap, but the main one is aku gerun... Aku ada dengar testimoni yang mengatakan after pd dan cd bukan bermakna ko dah selamat. Ada je case proposal kena reject because tesis tak cukup strong untuk dijadikan kajian lah and candidature kena tolak because data tak betul or cukup comprehensive. Tu belum campur lagi kalau sv tak suka dengan tajuk proposal tu, proposal tak cukup unik, etc... So demi tak nak kusutkan fikiran serta tambah tension yang sudah sedia ada - aku elakkan meeting ni.

Actually, more than anything - aku ingat cerita rejected proposal/candidature hanya rekaan semata-mata untuk menakut-nakutkan bakal candidates je. Yea right kau dah penat-penat buat proposal, takkanlah lecturer tanak greenlit kan pulak? But, nope. I was wrong, of course. Tak caya and nak prove? Okay, here's one... First time aku buat pd, fail ko dan reason dia best sesangat... Reference aku outdated dan salah guna keyword. Akibatnya, habis effect satu proposal haku walaupun sv think it could potentially be a good research. Well, that goes to show yang takde apa yang mudah dalam dunia ni and dari situ jugak aku mula sedar apa bezanya tulis tesis dengan tulis novel fiksyen... Wakaka... Walaupun agak depressed sebab tak boleh nak proceed my thesis right away and for sure kena buat pd balik, yo girl isn't quick to give up just yet.

I simply just take my time...

Anyway, fast forward eight months later, after 2nd pd around Oct tahun lepas and cd last March; I finally made it! But wait.... there's more. Printing dan committee examination...Okay, yang ni aku tak mahu cerita banyak. Basically, it involves editing, printing 5 soft-bound copy, and last but not least; a couple of months waiting. Fyi, examiner aku ada dua orang ye... Lepas dapat comment from examiner pun (in which aku dapat 'minor correction'), masih tak settle lagi coz I still need to edit that tesis dalam tempoh tiga bulan. But, aku fix dalam seminggu dua je bcoz nak kejau deadline (convo). After fixing it, then and only then - we can talk about printing the hard-bound copy which usually takes about 3-5 hari. So, in total - aku spent around;

Satu tahun lebih tu... Kalau kahwin pun mungkin dah terberanak sekali.

Anyway, memandangkan aku still single, ignore sajalah attempt lame joke kat caption tu tadi. My point is to say, amik master, lagi-lagi mixed mode macam aku ni benar-benar menguji kesabaran ye. Banyak betul preliminary requirementnya (i.e kena lulus coursework lu baru leh wat thesis); tak seperti research and coursework yang very straight to the point. Aku tak ingat dah bape kali aku cakap ngan my father I want to quit, malas nak study dah pasal tension, but then bila fikir pasal masa dan wang ringgit yang telah diperabiskan untuk sambung master ni - berubah balik fikiran aku. Lagipun sejak bila aku pandai pakai tinggal benda ni? Time suka study, bila benci dropped sesuka ati? Banyak pulak duit mak apak aku ye~ Berani sambung study and amik tajaan, kenalah berani amik risikonya sekali, ye tak? #mohonterasa. Camne nak jadi superwoman lau tak leh nak cope dengan tension camni? 

Finally... habis gak penat lelah aku selama hampir dua tahun ni... oh yeah
Okaylah, tu je lah aku nak share untuk coretan post aku kali ini. Convocation day aku cerita some other time. I think it's going to happen on 22 October 2017, est. 2.00 p.m (kalau ikut website larr). Aku rasa homie aku (lil' bro) boleh join kali ni because sidang aku tu jatuhnya pada hari Ahad petang. Tak best la dia je tak pernah merasa masuk dalam untuk tengok convo secara live. Aku ni pun entah bila nak sambung study lagi... Nak jugak dia tengok aku jalan atas stage tu, cat-walk sket sambil menyambar my 2nd higher education scroll (lol). Graduation flowers jangan lupa sekali ye bro :) Anyway, for what it's worth, I'm glad that I decide to do this (master) and stick around to finish it. It hasn't been a smooth sail I gotta admit, but I'm glad I could have this two years experience and treasure it with me for the rest of my life. No words could've expressed my gratitude and gratefulness for people who had help me along the way. Thank you so much.

Sekian.

Sempat je aku beli some food tadi as mini celebration for my upcoming graduation.
Aku tak beli banyaklah because all of these stuff are only good in small doses. 
Banyak-banyak karang, diabetes plak aku. Bila usia dah makin meningkat ni, body ni mau jaga gak... huhu

p/s: Pasni priority kat part mencari kerja plak. Tak tahulah macam mana pulak yang tu. I guess we gonna have to wait and see.

At The End of my Master Journey: Mimi Said 
  

No comments:

Post a Comment