Let the Confession Session Begins....

Thank you for choosing 'Angelic Confessions' as one of your online reading materials. Enjoy your visits in here and if you could spare some time, please leave your suggestions or recommendation on the comment section below. Thanks again and have a nice day! P.S: This is a personal blog... No profitable ads are allowed in here!... I won't appreciate it so please behave...(Mimi Said)...

Thursday, March 3, 2016

Berdikari

Assalamualaikum and halu semua. Apa khabar? Hopefully semua sihat-sihat je.

Hah. Semenjak aku balik semula kat rumah ni, hidup terasa bebas dan nyaman sekali. Takde hiruk pikuk KL yang memeningkan kepala, bunk bed yang bergegar-gegar seperti hendak tercabut pada esok hari, or kerisauan tentang menu masakan malam nanti agar tidak kehiduan oleh roommate serta housemate-housemate yang lain. Semuanya boleh di lakukan tanpa perlu berselindung. Heh, ingat senang ke nak hidup serumah dengan 5 orang, beb?  Susah tau. Bukan semuanya taste and feeling sama. You nak buat apa semua kena fikir dua tiga kali sebab tak nak offend sesiapa kat rumah tu. Even time makan pun kena fikir-fikirkan gak (even though dia orang tak pernah mintak and tak hadap pun makanan you)...

Macam kes aku, aku memang jenis suka masak sendiri. Walaupun dah naik berbuih mulut ex-housemate dok suruh aku pergi beli kat luar sebab sometimes dia nampak aku balik kuliah lewat (penat), aku tak mo. Puaslah ditaburkan segala janji yang kedai ni sedap, kedai tu boleh tahan... tetap aku tegar tak mendengar kata. Memang kepala aku je dok hangguk "ya, nanti aku belilah" tapi time tuh otak aku dah start putar dah sebab apa tak perlu beli; (1) kedai sedap selalu kena beratur panjang;(2) Mahal; (3) benda sedap, but kuantiti mesti tak banyak; (4) nampak cam tak bersih je; (5) malas beratur; (6) malas beratur; (7) malas beratur; (8) malas beratur .... hahaha...

Cantik tak cantik reasoning aku? Maka berlalulah hari-hari ku di KL tanpa aku membeli di mana-mana kedai di tepi jalan dan housemate ku mengeleng-gelengkan kepala everytime aku berkelentung di dapur. :b
Aku tanak nasi dalam claypot, beb.
Tak main la periuk-periuk karen ni semue :)
Time duduk berjauhan dengan family, memang aku particular bab-bab makan ni. If possible, every time mesti aku nak masak. Tak kira la penat ke, busy ke - kalau masih ada kudrat yang bersisa... pasti aku rajin turun dapur (even though lauk simple-mimple jeh). Sebab tu lah dulu every 4 or 5 days aku pasti akan ke Midvalley untuk beli groceries. Yah, dulu (masa aku study kat UKM) Midvalley tu cuma boleh di kunjungi pada waktu-waktu tertentu jer sebab jauh seh (6-7 stesen gak)... but now, naik bas rapidKL je tak sampai seminit dah sampai. Haha... nampak bebenor menipunya aku. Takdelah sepantas tu... adalah dalam 5-10 minit gak (ikut traffic semasa). 

Biasa aku ke Midvalley, aku takde timing yang tetap. Sometimes aku pilih pagi, sometimes aku pilih petang. Jarang betul aku ke sana waktu malam. Sebenarnya, ada reason aku wat camni. Yelah, aku selalu ke sini seorang diri, so kenalah selalu tukar schedule agar tak mudah untuk dijadikan target. Girls yang muda dan suka jalan sendiri cam aku, please take note, ye. Then, bila dah sampai di Midvalley plak, aku mesti akan consciously plan trip aku. Two hours for shopping, then I need to head back. Kalau exceed tu, memang nak kena lah aku. Then, bila shopping lak, aku akan shopping ikut level Midvalley tu supaya mudah kerja. Gila otak aku punya berorganisasi heh... macam pergi kem motivasi lak.

Kat Midvalley ni ada dua jenis AEON - AEON Big & AEON JJ. But, aku biase pergi yang last tu jer... Even though banyak word of mouth yang mengatakan AEON Big lagi murah, aku tak amik port sangat pasal aku tak rasa apa-apa beza (harga) pun. Plus, dahlah dia bajet-bajet bagus je pakai card warna lain (aku cuma ada kad AEON JJ ayah aku)... Citt, wat rugi point beli barang aku jer... Camner nak redeem baucer kalu cenggini? Maka dengan itu, aku selalu akan overlook AEON yang lagi satu nih. Lantaklah ko nak mengaku ko AEON ke, BIG ke, warne oren ke... Ada aku kesah? Janji AEON JJ tetap di hatiku. Hahaha...

AEON Membership card yang harus direnewkan every year
But, itu semua dululah. Time aku duduk seorang diri. Semenjak aku balik nih - entah kenapa mood nak memasak aku tu dah berubah. Dulu aku rasa nak makan sumethin' je, gerenti aku masak. Sekarang, jangan harapla. Beli groceries ye ye je... but kalau lapar, akan ku capai je biskut @ roti kat atas meje... kalau haus, akan ku capai plak air mineral @ juice di peti ais... apadahal, janji kenyang ye tak? Hehe, epic tak epic tahap kemalasan aku tuh? Siape leh celen nih? Nampak sangat aku tak sesuai duduk kat rumah bcoz aku mudah revert ke habit malas aku...

Yesterday aku ke UM balik untuk attend kelas 1st aku for this 2nd sem. Perghh, punyalah penat duduk dalam train KTM tuh... only God knows. Still, walaupun terasa lama gila perjalanan dari KTM Pulau Sebang/Tampin - KL Sentral, aku masih gumbira, Hmm, bila dah naik train ni, tetiba teringat lak zaman aku study kat UKM dulu. Back then, selalu je aku berangan betapa bestnya life ni lau ada stesen KTM yang functional berdekatan dengan daerah aku. Pasti tiap-tiap minggu aku dapat balik rumah, kan? Tapi, by the time aku dok berangan ni, stesen ni blom siap lagi. Bengang gak la sebab kalau nak di ikotkan stesen Tampin ngan rumah aku taklah jauh sangat pun (less than 15 minit jer). Tak pepasal aku kena turun kat KTM Seremban lak (cis). Apa kes? Baru je gua mau tunjuk eksyen sket. Kena naik kete lagi *sigh*... Yes, jangan terkejut bila aku mengeluh kena naik kereta. Ramai people already assume yang aku ni style anak manja ayah yang pampered perabis already even though hakikatnya, aku lagi suka berdikari... hihi

Anyway, setelah bertahun lamanya aku menunggu, baru lah stesen ni beroperasi. Heh, walaupun terpaksa menunggu sebegini lama, aku tetap puas hati sebab skang tak perlu nak drive kereta penat-penat ke KL lagi. What for? Bazir masa dan tenaga jer. Booking tiket bas atau beli tiket train di kaunter pun boleh blah. Skang ni leklek je aku swipe pakai card Touch n Go (TnG) sambil mengerling kat orang sebelah yang masih menggunakan tiket (haha, diva gak aku ni). Besides, kalu guna TnG leh dapat penjimatan 20% der.... Hehe... dah la gua dapat swipe with style and help save environment (ticket-less), dapat saving $$ lagi!  Mana nak dapat ni? Haha.. cuma tambang tu hopefully kurengkan sket bleh tak der? Dulu masa aku first time naik baru RM9.10 je, ni pesal dah sampai RM13.70 lak? Melampau $#@$!....

Tak sia-sia aku activate kad ni aritu. Senang idup.
Yang penting jangan kasik balance ko sampai zero, wokeh?
Kang wat malu kampung je.
Berbalik semula pada title post aku ni, aku pasti korang dapat relatekan cerita aku kat atas ni dengan title tersebut. Yes, duduk KL memang bagi aku total liberty untuk jadi lebih berdikari. Actually, masa aku belajar UKM pun aku dah start rasa dah but by then mungkin tak nampak sangat kot sebab balik kampung masih berjemput, balik uni berhantar. Sekang ko nak kata apa lagi? Menyewa sendiri aku dah rasa, shopping sendiri-sendiri aku dah buat, jalan kaki balik seorang diri dari UMLib pukul 11.00 malam (yang ni memang keje gila) pasal nak siapkan assignment sendiri pun aku dah try, melepak kat 7-11 memalam buta sebab nak whatsapp dengan family (internet connection punya pasal) macam hobo (haha, ader ke hobo lepak 7-11?) apatah lagi... Tu lom lagi aku mention time aku meredah banjir kilat di KL dengan coursemate semata-mata nak mengejar KTM, berlari-lari anak untuk catch bas and train, cari tenant baru pastu kena settlekan sendiri lagi, blabla... perghh.. experience dia walaupun cuma 4 bulan je. Manakan ku cari ganti?

Well, this is my life 4 months ago, peeps. Too much drama, okay!

Thank you for reading this entry. See you all soon!

Sincerely: Mimi Said


No comments:

Post a Comment