Let the Confession Session Begins....

Thank you for choosing 'Angelic Confessions' as one of your online reading materials. Enjoy your visits in here and if you could spare some time, please leave your suggestions or recommendation on the comment section below. Thanks again and have a nice day! P.S: This is a personal blog... No profitable ads are allowed in here!... I won't appreciate it so please behave...(Mimi Said)...

Saturday, July 25, 2015

Focus Point: A Long-Awaited Haul

Oh, hello there! How's everyone doing? Hope you're doing just great in your life, no matter where you are... ;) 

Huhu, starting ayat aku ni macam lah nak tulis this entire entry dalam English, but no my fren - not for today. Hari ni saya tulis dalam Bahasa Melayu, okey? Hmm, even itu pun bunyinya cam tipu je... Heh I mean, pernah ke ko baca entry-entry yang sebelum ni fully written in Malay? Tak kan? Bukan ke aku selalu main campur-campur je ala-ala rojak? Rojak apa ko tanye? Apa-apa rojaklah yang ko suka... Macam aku, aku suka makan rojak mee jer - yang lain suma tak pandang. Bagi free pun aku tak mo... Cewah tetiba lak aku~

Mulalah tu... mukadimah bicara ku yang semacam nak mengarut.... :B

Tapi itulah.... Kalau korang tengok kat sebelah kiri blog ni, kat bahagian 'highlighted group' aku tu - korang akan nampak yang entry between English and Malay aku sememangnya ada yang berat sebelah sikit. Entry English lebih banyak dari yang Melayunya. Tak pastilah nape jadik begitu, rasa time tulis cam bahagi adil dan saksama je.... Hehehe....Tetiba terasa plak cam orang Melayu tak sedar diri disitu kan, syok je sensorang menulis dalam English walhal grammar nya ntahkan betul, ntahkan tidak... (=.=): Disebabkan tu - terasa aku nak committed sikit untuk menulis post kali ini dalam bahasa Melayu. Ceh, 'komited' lah sangat ni... Nampok bebenor menipunye tuu... Kalau ye sangat komited, takdelah nak guna version Manglish like this kan?

[Subtext: Kasi kedish kat kepala sekali...]

Ohohoh... mengapakah tetiba laju je tangan aku menaip untuk mengutuk diri sendiri ni? Selama ni tulis dalam English ke, Melayu ke - tarak nak kata apa pun. Not a problem you said, janji evelibaldi can understand... Alih-alih arini, nak emotional pulak bagai. Adakah ini bermakna aku takkan tulis dalam English lagi, ataupun semangat patriotik ku dah sampai, memandangkan kita ada almost sebulan lebih lagi sebelum menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58? Well, jawapan bagi soklan-soklan itu adalah - ya dan tidak.

Ya, aku memang ade feeling-feeling nak jadi lebih patriotik tahun ini dan tidak, aku takkan pernah berhenti menulis dalam English. Sebab untuk kedua-duanya, biarlah kita tolak tepi dulu sebab aku rasa macam sudah menyimpang daripada tujuan asal aku menulis post ini. Sorilah ye, terbuang masa korang pulak membaca perenggan ini dan sebelumnya. Abaikan-abaikan...

Okeylah, demi tak nak membuang masa korang yang precious itu lagi, let me terus shoot straight to da point. Tujuan asal aku menulis post ni sebenarnya kerana aku nak share story pasal cermin mata yang aku buat itu hari. Hah? Cermin mata? Asal tetiba je ni... Itu hari bila itu hari? Bile masa you pegi buat? Tak tahu menahu pun... Well, rileks la guys. Ni nak citer lah ni (cceh macamlah ade yang tanya lak, kan?)....  Perasan letew~

Well, sebenarnya timeline aku start buat glasses ni taklah lama sangat pun - adalah dalam hari Ahad lepas and decision untuk buat ni pun bukannya tetiba je - sudah lama sangat ni 'memendam rasa' (since habis FYP last year). Korang pon tau aku ni mana kerja, so untuk berjoli-jolian secara extreme ni semua - memang yak adonya nyolah kan? Sayang duwet ler wei... Dari bazir-bazir tu, lebih baik aku wat menabung untuk sambung belajar jer... hehehe. Nampak tak skemanya aku di situ? Orang lain kalau ade duit lebih sudah sibuk-sibuk pikir nak gi bercuti, aku sibuk pasal tabungan belajar lak... Apa kes? Huhu, apa lagi boleh ku katakan - semua orang ade cara memasing untuk buat/dapatkan sesuatu... (myself included). You buat cara you, I buat cara I; no hal. Yang penting, kita sesama happy, tak gitu my fren?

There I go again, ranting over nothing... Pishh... asgfgjjgffhhhjkl... Okeh, let's forget my bebelan itu tadi, yeah? Tak penting pon. Jom kita terus masuk main story...

Dek kerana pemakaian dan cara penjagaan cermin mataku yang agak ganas dan cuai selama ini, habis kedua-dua belah lenses aku tu tercapik sana-sini. Sekali tengok dah macam kanta curi pun ada. Memang terbaik. Padahal baru buat time internship dulu (2013). Ni you pakai cermin mata ke, wat main lastik burung ni? Huhu, tak taulah nak cakap camne but aku admit, memang my fault pon pasal selalu sangat jatuhkan (ter- okay, ter-jatuhkan) cermin mata sepanjang 2 tahun tuu... 

So, after a year waiting - I finally made a new glasses. Nasib je rezeki ku murah tahun ni, Kalau tak, daydreaming sampai ke sudah la jawabnya... Previously, kalau nak buat glasses baru je - mesti kedai cermin mata Axis yang menjadi pilihan. This time awal-awal aku reject, nak tukar angin lak. Aku pilih kedai Focus Point (FP). Aku fikir bagus aku pilih FP ni, since frame and lens banyak pilihan and skang ni tengah ade promo. Mujur rajin je Chinese boy tu layan kerenah aku yang jenis memilih frame je, sudah makan masa berjam-jam ni. In the middle of selecting,  aku bagitau dia yang aku nak pakai contact lenses jugak. Monthly punya. Dia pun tunjuklah kat aku contact lenses jenis Acuve Clear tu. Honestly aku tak pernah pakai contact lenses jenis ni (daily tu ade la) but, lepas bla bla, terang itu ini - terus aku confirm nak beli. Then, bila dah confirm tu - terus dia bawak aku ke kaunter untuk settle payment pulak...

But wait... cam ade yang tak selesai lagi ni... Frame glasses yang aku dah pilih tadi tu, camne lak?

Rupa-rupanya, Chinese boy tu ingatkan aku cuma nakkan contact lenses je. Tak mo beli glasses tu dah. Haisy, camtu pulak... Dah tentu-tentu je aku pot pet pot pet dengan dia pasal lenses tadi kan, citer pasal power ape kejadah tu semua - of courselah aku dah plan nak beli sekali. Maybe sebab aku kata yang aku ni student kot (chance untuk dapat student price) masa aku baru datang kedai - dia ingatkan I tarak $$$ agaknya untuk beli dua-dua tu sekali. Huu - sedey tau aku camni. Penat je buat budget segala bagai untuk beli glasses + contact lenses tu, sampai setahun sanggup tunggu... itupun masih fikir I ni tak mampu ke? (angkat-angkat jari sikit tanda marah). Berani sungguh kamu....

Haha, takdelah... memain jer. Mana ada aku marah pun. Ko fikir aku peduli sangat orang cop muka aku ni jenis berduit atau tak? Hey, takde I kisahlah itu semua... Lagi ko tak dapat teka, lagi aku suka sebenarnya. But tolak tepi itu semua kerana ia tidak penting... Apa yang penting adalah hati aku bahagia sekarang ni, sebab aku dapat beli apa yang aku idam-idamkan macam kat bawah ni ha;

Meet my new friends, guys...
(p/s: Teddy bear is not included within purchase)
Haha. Happy gila aku time dapat my new glasses nih. Dah la besar cerminnya (suka sebab mata ku jenis besar ala-ala anime, so full coverage), frame ringan (no pressure inflicted on my nose), harga pon murah sebab ade promo. Part last tu yang buat aku tambah sayang kat FP ni... Tak sia-sia aku datang sini. Plus dengan contact lenses tu lagi yang memang within my budget... Lagilah aku tambah ❤❤

My new baby.
Lepas ni kita lepak sesama yer...
I janji takkan jatuh-jatuhkan you macam yang lenlain tuh...
Hahahaha... (hakpuih)
Dream Team
Oh baby~ Will you marry me?
(Ceh, tangkap feeling lak aku tetiba...)


Masa aku pergi KAISON itu hari, aku ada beli bekas kecik yang comel ni. Harga dia murah, baru RM1.90. Gambar nak teddy bear warne cream gebu-gebu je pasal I memang minat bear (ahahakss). Box ni sesuai sangat kalau ko nak letak pills ke or anything small inside because penutupnya yang ketat. Tapi itu biasanyalah... Cuba teka aku guna box ni untuk aper?....


Yah, untuk inilah. Bekas letak kain pengelap cermin mataku... Okay, confession. Selalu kan kalau ko gi kedai, dia mesti akan bagi ko box yang besar gedabak pink macam kat gambar atas tuh. Ko tak nak pun dia bagi gak sebab leh letak glasses ko sekali kat dalam tu. But, aku tak suka. Dah la leceh sebab lebar dan berat, burokks lak tuh - sah-sahlah aku malas nak carry dalam my beg. So, bila dah beli box kecil comel moleks macam ni ha, takdelah aku malas-malas lagi~ ye tak? Hehehe....


Evolusi Cermin Mataku
Kenapa makin besau je ni?
Adakah ni bermakna powerku sudah naik?
Hrmm... 
Good news bila aku check mata aku adalah power sebelah kanan yang dulunya mencecah sehingga -4.00, kini sudah plummet ke -3.25. Left eye masih sama lagi; -3.50. Okeylah tu kan? Berhasil gak aku jadik rabbit hari-hari, menghabiskan saki-baki carrot di rumahku itu semua. Yang panasnya cuma, bila my bro nampak - dia akan buat muka. Part buat muka aku leh tahan gi, but then boleh lak dia kata 'eww'? Kurang asam sungguh. Tak tahu ke ko budak yang carrot itu selain manis and lazat rasanya, ia juga kaya vitamin A yang boleh tolong to improve your vision? Selambe ko je nak kata eww, eww eh?... Pelangkung sekali, baru tau...

Haha, alrightlah semua. Dah banyak gila aku tulis ni, so baik aku stop sampai sini dulu. Karang muntah hijau lak korang membacanya kalau aku terus menulis berkajang-kajang. For those who had read this post until the end, thank you el mucho! Banyak je masa you olls ade ye ntuk baca entry I yang seberapa ni. Still, thank you so much for your time. Really appreciate it!

Peace out, yo! Wasalam.

Sincerely: Mimi Said

No comments:

Post a Comment