Let the Confession Session Begins....

Thank you for choosing 'Angelic Confessions' as one of your online reading materials. Enjoy your visits in here and if you could spare some time, please leave your suggestions or recommendation on the comment section below. Thanks again and have a nice day! P.S: This is a personal blog... No profitable ads are allowed in here!... I won't appreciate it so please behave...(Mimi Said)...

Monday, March 10, 2014

WhatsApp, WeChat ? What the f**k?

Helo dear Miserer's and blogwalkers... How you all doing?

Ok, post aku kali ni mungkin akan kedengaran agak kasar, but I don't care - I still wanna had my say on this matter. How many of you guys out there yang pakai dua menatang ni; WhatsApp and WeChat untuk interact with other people out there tak kiralah among your friends ke, family or sesapa je? Haha. Tak payah nak angkat tangan, kaki semua - kompem ramai aku rasa. Well, post aku kali ni berkenaan dengan dua apps ni so kalau korang pengguna setia ke apa - maaflah tapi aku memang nak kasi korang terasa pun.

First of all, aku tak blamekan orang yang responsible untuk create dua apps ni. Of course not. Bagi aku, if there's any room for new innovation - go ahead. Be my guest. Aku tak opposed the idea people create twitter or instagram pun. Kenkadang aku sendiri pun guna gak apps ni. Tapi unlike those two apps yang aku guna - sampai sekarang aku masih tak faham kenapa What Apps dan We Chat ni dicipta at the first place? Pernah guna sebulan, tapi tak nampak satu faedah pun - aku terus buang from phone. Seriously mengarut gila bagi aku. Dari apa yang aku nampak, kegunaannya hanyalah untuk chat, hantar gambar sikit, emoticon yang kononnya cam cute tapi mostly merapu, stalking awek cun, stalking pakwe handsome.... dan banyak lagilah yang rata-ratanya boleh dikonklusikan - tak berguna pun. But Mimi, people use that nowadays untuk socialize with other people lah, takkan tu pun tak tahu? Alright, part socialize aku faham lagi but kalau friends yang ko tengah WeChat tu dah ade depan mata - nampak tak bertapa tak sihatnya otak korang yang menggunakan apps nih? Nampak tak? Ke tak jelas lagi? Nak aku bagi contoh? Takde hal.

Contoh 1: Couple lepak kat taman bunga. Girlfriend merajuk. Nak boyfriend pujukkan. So, diaorang pun... ON WeChat

Boyfriend: (taip) Yang, nape ngajuk ni? I ada wat silap ke?
Girlfriend: [Jawab guna emoticon cute tapi merapu I - MARAH]
Boyfriend: (taip lagi) Alah, dah mintak maaf kan tadi. Sorilah tidow time nengok wayang tadi. Citer tak best la.
Girlfriend: [Jawab guna emoticon cute tapi merapu II - MENYAMPAH]
Boyfriend: Janganlah camtu Yang. Tak bestla you buat I camni. Ok, takpe. I tau. You nak makan mekdi kan? Jom meh. I belanja.
Girlfriend: [Jawab guna emoticon cute tapi merapu III - LOVE, LOVE 10000x]

Kalau akulah boyfriend awek tu - dah lama aku pelangkung kepala dia. Mengada2 nak mampus. Boyfriend dah ada sebelah, cakap jelah apa yang tak puas ati. Ni tak, nak gak ON WeChat bagai. Bangang namanya tu. But apa-apa jelah kan?

Contoh 2: Kawan yang korang tak berkenan datang lepak kat bilik korang. Then, masuk pulak kawan yang korang ngam kamceng tak hingat. Korang nak kutuk kawan tu... So apalagi... ON WeChat

Korang: (taip) Adus, tak sukalah minah ni datang bilik aku. Nyampah la nengok dia. Sibuk je datang bilik orang.
Kawan Kamceng: Dah tu, nape bkak pintu tadi? Suruh la dia belah! [emoticon DEVIL]
Korang: Tak baik lak [emoticon ANGEL]. Karang dia terasa.
Kawan Kamceng: Habis tu? Nak wat ape ni?
Korang: Ala, buat bodo jelah. Karang paham la dia kalau kita malas nak layan.
Kawan Kamceng: Ok, aku ON je [emoticon SMILE]

Kawan yang takde WeChat tadi: Nape diaorang cam tak layan aku je ni? (sedih dalam hati (REAL))

Tak baik betul. Ade ke mengumpat pun nak gunakan WeChat? Nampak sangat kaki gosip je memanjang. Kesian kawan tu kawan dengan orang camni.

Contoh 3: Boyfriend tinggalkan, konon nak cari orang lain kat luar untuk kasik jeles. So apalagi... WeChat.

Kekasih kesepian: (dalam hati) Hah, mamat ni handsome. Nak chatlah dengan dia. (taip) Hai, watpe tu?
Mamat Handsome: Tak watpe pun. Tengah baring2 atas katil.
Kekasih kesepian: Oh, haha. Sorang je ke?
Mamat Handsome: Taklah. Kan berdua dengan awak ni tgh chat. Dah makan ke belum?
Kekasih kesepian: Blom lagi. Takde orang nk belikan. Dlu boyfriend ada bolehla.
Mamat Handsome: (teragak-agak nak jawab) Mana pegi boyfriend tu?
Kekasih kesepian: Dah break up dengan dia last week. I tengah single skang ni. Mlsla nak couple dengan bf yg x phm kite.
Mamat Handsome: Oh, takpela. Sy kan ade?

Cantik sangatlah tu. Putus je, cari orang lain kat WeChat. Nampak juga kegunaannya ntuk cari jodoh kat sini. Cuma fikirlah, berapa banyak sexual offenders out there yang ada kat apps camni and tunggu korang untuk dijadikan mangsa yang seterusnya?

Ok, niat asal aku bagi contoh-contoh ni semua bukanlah untuk memburukkan apps WeChat, WhatApps ... bla bla. Takde pun. Aku cuma nak tekankan bahayanya penggunaan apps ni if melampau sangat. Bahayanya kat diri korang gak. Sex predator, serial killer, bla bla malas aku nak list pasal fikir pun dah cukup ngeri just waiting je to do their job. Nak guna boleh, but kena pandai kawal. Aku tengok excessive sangat sampai aku pun tertekan bila ada member cam nak kecam aku - Kenapa takde What's Apps? WeChat? Well, nak je aku cakap - sukati ah? Apa ko susah? But, rude sangat plak bunyiknya kan so, aku senyum jelah and kata aku ade account tapi lama sangat tak pakai dah (which is quite true). Sejujurnya aku cakap, aku memang takde function pun untuk guna apps ni! Langsung tak. Kalau aku nak cakap ngan mak, aku prefer call dia. Yes, duit memang melayang - tapi aku suka sebab melayang untuk mak aku. Nak bincang stuff ngan member - Facebook, Gmail kan ade? Free lak tu. On jelah Wifi tu. Dari apa yang aku dengar, antara dedua apps ni bakal dikenakan bayaran tak lama lagi. Baguslah tu. Support 100% Maka dengan itu, beralihlah manusia-manusia ni semua ke teknologi lain yang seterusnya. Asalkan free. Well, predictable gila.

Anyway, tu jelah kot post aku untuk kali ni. Heharap pengguna 2 apps yang aku sebutkan, ENJOY~

Mimi says: Application can make or break you