Let the Confession Session Begins....

Thank you for choosing 'Angelic Confessions' as one of your online reading materials. Enjoy your visits in here and if you could spare some time, please leave your suggestions or recommendation on the comment section below. Thanks again and have a nice day! P.S: This is a personal blog... No profitable ads are allowed in here!... I won't appreciate it so please behave...(Mimi Said)...

Monday, July 16, 2012

Ramadhan kali ini: 21 July 2012

Assalamualaikum semua... Di harapkan para Miserer dan blogwalkers sihat-sihat sje.

Oklah, since post lepas dah cerita pasal trip ke Genting Highlands, kali ni nak pulaklah aku cerita mengenai bulan Ramadhan 2012 yang bakal menjelang tiba. Ikut Google ni ha, katanya 21 Julai 2012. Betul ke tak, kita kenala tunggu pengumuman kat TV.

Haha, ready ke belum nak sambut bulan Ramadhan ni?


CERITA PENGALAMAN BULAN RAMADHAN AKU


Bila cerita pasal bulan Ramadhan ni, memang banyak sungguh pengalamannya. Yelah, semenjak kecil lagi berpuasa, dengan cousin-cousin semua (kami memang rapat)... Memang tak boleh lupa. Curi-curi minum air paip tu rasa cam semua orang pun pernah buat kan, so takyah cerita part tu lah. Buat bosan aja. Cerita mesti sama aje. Hehe....

Alright , aku nak bukak citer pengalaman bulan puasa yang lain plak. Sapa pernah amik big exam time bulan Ramadhan? PMR atau SPM? Macam aku, aku pernah merasa puasa time exam sekali je: time PMR. SPM hujung tahun, so takdelah. Aku masih ingat lagi, time tu nak jawab paper terakhir (paper KH lau tak silap, aku budak Sains Pertanian (SP)). Perghh, puasa punya pasal punyalah mengantuknya hari tu. Dugaan, dugaan... Rasa nak bantai keluar awal je lepas habis jawab tu, tapi nampak macam berlagak bagus la pulak.... Jadi mau tak mau, aku tunggu sajalah sampai habis. Balik rumah je hari tu, straight-away terus bantai tido. Terbaek!

Bila cakap pasal puasa, takkanlah tak nak cakap pasal hidangan berbukanya pulak kan? Nampak sedikit tak logiknya kat situ. Favourite food di bulan Ramadhan korang amenda? Kalau aku, air masak pun dah cukup sebenarnya ( <-- janganla percaya nii). Betul, memang aku tipu. Haha. Okaylah, let's get serious for a moment (betul-betulkan baju)... List juadah wajib berbuka puasa aku:

Air: Sirap sejuk buatan mak aku.
Kuih-muih: Karipap handmade dia.
Lauk-pauk: Tak kisahlah, yang penting sayur mesti ada
                  (tengok, aku budak baik tau makan sayur).
Snek: Murtabak daging / ayam (bazaar ramadhan) & Pulut Panggang.

Nampak tak bertapa tak susahnya melayan kerenah aku berbuka puasa di situ? Hihi, tulah, senang jaga aku ni... (konon, padahal makan semua nak homemade je - kesian mak aku). Actually, aku ni jenis yang tak berapa gemar beli-membeli makanan kat bazaar ramadhan tu sebab khuatir dengan rasa dan kebersihannya. Masalahnya adalah bila ayah aku jenis kaki beli... karang kalau tak makan kecik hati la pulak. So, makan jelah slow-slow sampai perut tak boleh terima lagi dah. Nasib je ada adik aku; biasanya dialah yang tolong habiskan makanan tu dengan aku.
  
Selain makanan, antara pengalaman bulan puasa yang aku tak boleh nak lupa adalah aktiviti mengemas rumah. Biasanya aktiviti ini dilakukan seminggu sebelum raya tu. Time tu je, mulalah mak aku start nak membebel, "Mi, BASUH LONGKANG TUU...  Turunkan langsir. Basuh itu, basuh ini... Angkat tu, angkat tu...". Sakit telinga memang dah pasti, tapi pasal ini bulan puasa dan kalau menjawab mak sendiri sungguhlah biadap rupanya - aku diam dan turuti sajalah. Buat je dengan taat setianya apa yang mak aku suruh. Karang dia bising pulak kat ayah... lagi mampuss.. Hahaha...

Seperti yang kita tau, bulan puasa ni banyak sungguh kebaikannya, lagi-lagi kalau kita beribadah. Secara jujurnya aku cakap, aku bukanlah kaki masjid sangat - tak rajin sangat buat terawih semua. Tapi untuk Ramadhan 2012, mungkin aku akan buat perubahan. Yelah umur pun dah meningkat kan, kenalah banyak pikir camne nak tingkatkan amalan semua. Takkan nak enjoy je memanjang... :)

Oklah, so far itu jelah cerita bulan Ramadhan yang masih aku ingat. Aku harap sangat bulan Ramadhan 2012 ini dapat di raikan dengan sederhana dan gembiranya. Kalau boleh aku nak ingat every day, selama 30 hari tu aku berpuasa. Insyaallah... 

Mimi says: Salam Ramadhan dan selamat berpuasa semua!

No comments:

Post a Comment