Confessional Preface

Thank you for choosing 'Angelic Confessions' as one of your online reading materials. I'm your host, Mimi. I hope you'll enjoy your visit here and if you could spare some time, please leave your suggestions or recommendation on the comment section below. Thanks again and have a nice day! P.S: This is a personal blog... No profitable ads/spam are allow in here!... I won't appreciate it so please behave...(Mimi Said)...

Monday, May 28, 2012

May 2012 KLCC revisited

Hello, semua! How are you guys doing? Heharap semua sihat je yaa. 

Rasanya baru minggu lepas aku update blog, well kali ni update lagi pasal ada benda nak cter. Haha. Hope korang tak kisah pasal sapa admin?? (berlagak pulak aku tetiba... XD). 

Saturday lepas, 26/5/12 aku, roomate aku dan Kak Lin pergi menapak ke KLCC. Hisy, dah lama sungguh aku tak mai sini (last sekali masa darjah 6 aku ingat...). Jadi bila dah di ajak untuk tag along tu, agak susah sikitlah nak menolaknya kan? Plan asal kami adalah ke Mines, tapi yang itu boleh tunggu.. (hehe).

Dan macam biasa, kalau aku rasa macam dah nak start pergi tempat yang jauh-jauh sikit dari UKM, ayat pertama yang terpacul daripada mulut aku; "Jauh ke??". Roommate aku dengan K.Lin ni dua-dua orang Utara (Perak), biasalah sangat guna kemudahan KTM tu, so dia orang pun jawab - taklah jauh, Mi... Tukar stesen sekali je dekat KL Sentral tu ha... Dah sampai KLCC. Orang Selatan cam aku yang biasa naik kereta je ni, anguk-anguk jelah. Al-maklumlah, orang tak tahu jalan (takkan nak buat-buat macam tahu pulak kan?)... Sedih (-_-);   

Auto mesin membeli tiket di KL Sentral.
Ku sangkakan tiketnya macam yang beli kat
kaunter KTM tu... Sekali bila dah dapat dalam
bentuk token pulak.  Hmm, menarik...
First time menaiki rapidKL, terasalah noobnya.
Budak Melaka jumpa KL nyer facilities - camnilah
jadi... Maaf ye kalau semacam over.
Aku memang begini... Hehe
KLCC tower... takkanlah belakang
rumah aku pulak kan?
Once aku jejak je kaki jat KLCC, aku dapati tak banyak pun perubahan dekat sini. Sama jelah dengan last time aku pergi kecuali ada beberapa kedai yang jual barangan branded. Hmm.. mission utama aku menjejak KLCC ni adalah untuk ke Kinokuniya. The last time aku pergi (school trip), aku tak sempat nak menjejak situ lagi. Hmm... bila dah dapat tuh - hah, apalagi... Cari title buku yang susah nak dapatlah kan... This time aku sempatlah 2 buah romance novel daripada author favorite aku; Miss Jude Deveraux. Happy tak terkira aku tatkala membayar dua buah yang bertajuk; "Someone to Love" and "River  Lady" tu. Sesiapa yang tak tahu fascination aku terhadap buku-buku Miss Jude, bolehlah rujuk post-post lama aku kat bawah ni;


Dalam banyak-banyak gambar yang aku tangkap
masa visit KLCC, yang ni aku paling suka sekali...
From top, korang boleh lah nampak kedai Kinokuniya,
diikuti dengan TGV, pastu kedai apa ntah.... dan apakah...
Hehe... tak taulah kedai apa paling last sekali tu..
Layan...
Terasalah sedikit gayatnya masa dekat dalam Kinokuniya tu. Bukan gayat tak pernah masuk kedai buku ye, gayat dekat buku-bukunya yang melambak tu jer. Mana taknya, dekat Melaka (my beloved hometown) agak payah sedikit nak cari buku-buku Jude Deveraux ni. Yang ada semuanya author yang aku tak kenal dan bila baca, feel dia different from what I experience with Miss Jude novels. Tak best! 
Aku taklah asyik minat baca English romance
novel je memanjang. Minat history jugak, lagi-lagi
yang berkaitan dengan Russian Tsar Royal Family
yang kena assassinate in early 1900's. Buku yang aku
pegang ni adalah isteri beliau, Tsarina Alexandria.
Tapi aku tak belilah sebab mahal sangat... RM50++
Call me cerewet or anything tapi aku bila bab music, movies, videos and novel memang particular sikit. Study-moody, belakang kira...(marah parents aku bila dengar ni). I always want to see/read the best from the best. Selection aku for movies are mostly from indie's in which I enjoyed so much. Music plak aku prefer Pop/RnB/Country/Jazz/Folk only. Huhu, eh...eh...(elak), apahal tetiba cerita pasal benda lain pulak nih? Lari topic la plak... Rewind balik... rewind balik.. asnskjjsdgadsjhgfag... 

Lepas melawat Kinokuniya, terasa la pulak laparnya kami - so masing-masing pun start look around; mencari food court berhampiran. Roommate aku dan K.Lin terasa nak makan makanan bernasi, so diaorang pun pergilah cari. Aku yang tak tahu nak makan apa ni pulak (kes dah jemu dengan nasi pun) ronda-ronda jelah sekitar food court tu, sampai aku jumpa set makanan kat seperti kat bawah ni;

Oh yeah. Nachos da chachos!
Haha, tipu je... Ni bukan nachos, tapi taco's!
Air yang aku minum tu Pina Colada namanya, but jangan
risau - no alcohol okay?

Selalu dengar Taco's Bell yang famous disebut-sebut kat U.S tu; teringin pulak aku merasa kesedapan taco's bagi menconfimkannya sendiri. Nasib jelah ada buatan Malaysia ni ha. Dekat food court tu buka saja ada menjual Mexican food macam ni, but international food yang lain pun macam from Japan, Korea, Thailand... etc... Aku tak kisah tu semua, yang penting halal. Yelah, sebagai orang Islam wajiblah mencari makanan yang halal, ye tak? Barulah mendapat keredhaan dan keberkatan gitu...

Makanan kami bertiga :)
Lepas makan, kami pun jalan-jalan untuk windows shopping dengan harapan, bolehlah menghilangkan senak perut lepas makan tadi (hehe).... Ada pelbagai kedai kat dalam KLCC ni, but tak sempatlah nak menyinggah semua kan pasal kami bertiga mengejar masa. Ni yang big masa kami visit KLCC aritu....


Summer in Clinique. Tak silap aku Clinique ni
company yang buat penjagaan muka dan kulit tu.
Nak beli, memang kena tunggu dulu
pasal tak mampu den. Mahal. 
Sebenarnya, the reason  kami mengejar masa adalah sebab nak tunggu time masuk wayang... Yelah tiketnya pun dah dibeli sebelum makan tadi... Kami decides tengok cerita MIB3 pasal nampak poster macam awesome... Oh yeah! 

3 seat for us.... TGV cinema and popcorn.
Here we come...
Selepas wayang habis dan since kami dah ada dekat area KLCC, we take a stroll at the park. Hirup udara segar kat luar sikit after 2-3 hours duduk dalam air-conditioning place. Menyesal pulak bila nampak pencemaran (udara aku boleh faham lagi, tapi bunyi tu yang tak boleh belah ) since ada concert yang dibuat kat situ. Anyway, despite of the sounds - sempat jugak aku capture a few pictures...

In the park. Yes, gambar ni aku guna
filter secara heavily. Bukan
insecure dengan rupa sendiri, more
likely for setting the mood.
Can you guys feel it?
Apa pulak anak dara duduk
mencangkung tengah-tengah jalan ni?
Tak sopan sungguh...
(Ayat mak aku... hehe)
Oklah guys, that's a little bit of my life now. Visit aku ke KLCC tu boleh di katakan fun dan walaupun aku dah visit KLCC tak lebih dari 3 kali sepanjang hidup aku, it leaves a different memories everytime. Haha, sebelum aku terlupa... in 2 weeks time, aku akan hadapi final sem 2 and afterwards..... CUTI!! 2 bulan pulak tu..... Perghh, rasa cam nak menapak Singapore pulak bila dah cuti banyak camni buat that can wait because Genting Highlands... Here I come!...

Sincerely: Mimi Said

2 comments:

  1. singapore? huhu.. nak g studio lah tu... nk juga!!!!!

    ReplyDelete
  2. hehe... :) masih dlm plan... before that nak lepak Genting dlu...

    ReplyDelete