Let the Confession Session Begins....

Thank you for choosing 'Angelic Confessions' as one of your online reading materials. Enjoy your visits in here and if you could spare some time, please leave your suggestions or recommendation on the comment section below. Thanks again and have a nice day! P.S: This is a personal blog... No profitable ads are allowed in here!... I won't appreciate it so please behave...(Mimi Said)...

Friday, April 20, 2012

A Day trip to ASWARA

How are you dear Miserer's and blogwalkers? Hopes you guys are doing fine.

Dah lama rasanya aku tak post pasal aktiviti-aktiviti yang aku buat di UKM ni... Selama yang aku tak post tu, bukanlah bermakna yang aku duduk lengang-kangkung je pasal langsung takde aktiviti - cuma aku ni yang agak pemalas sikit when it comes to buat review macam post-post aku yang sebelum ni.

Baiklah, entry post kali ni aku nak cerita sikit pasal trip aku semalam ke ASWARA. Aku harap kalau korang ni orang Malaysia, sedia maklum jelah ASWARA tu apa ye, pasal aku malas nak review pulak (tengok, malas lagi...) pasal ASWARA dari A-Z. But then, tak adil lah pulak bagi readers blog ni yang bukan berasal dari sini; so aku bagitau jelah ASWARA tu stand for what - Akademi Seni Budaya & Warisan. More info, boleh check website dia di sini...

Anyway, pagi keberangkatan kita orang di sambut dengan hujan renyai-renyai, in which kalau korang tak percaya - gambar kat sebelah ni. Cantik gak view hujan pagi di UKM, nak-nak kalau korang warga Highlanders macam aku. Atas bukit dengan kabus bercampur hujan... seriously, teramatlah cantiknya. Aku jarang nampak pagi di UKM pasal kelas aku selalunya time tengahari (alasan ni... boleh je nak tengok kalau aku ni jenis yang senang bangun pagi).

Baiklah, untuk program kali ni; aku handle post as Pengarah Publisiti. But bukan buat publisiti yang jenis amik-amik gambar tu (yang ni memang aku try elak pasal gambar aku secara harfiahnya takkan ada), aku just tolong buat poster dan flyers je pastu edarkan supaya orang tahu mengenai program ni. Oklah tu, kerja gak kan? :")
     
Sebenarnya, sebelum ni aku ada join satu lagi program, cuma belum pernah mention aje. Dah alang-alang citer pasal program tu, combo sekali lah ya? Program lepas yang aku join, Pengenalan Asas Keusahawanan (juga position yang sama, as Pengarah Publisiti) agak mencabar sikit pasal aku dapat buat banners - dan hasilnya 4 bulan banners tu tergantung je kat billboard KIY (takde orang rajin nak turunkan). Hehe sampai naik segan aku. :3. Akhirnya baru-baru ni diorang turunkan gak pasal nak gantung banners Temasya Highlanders 2012 kat situ :)

Secara keseluruhannya program Lawatan ke Aswara ni amat rileks and sempoii je. Takde lah nak rasa tension ke apa semua; tengok kampus ASWARA, tengok studentnya buat latihan menari...etc...etc... not much to comment there pasal aku agak buta seni sikit (bab menari jelah). Ada la ternampak kelibat artis-artis local satu dua (tapi takde gambarlah pasal aku penyegan orangnya). Hehe..

Malamnya, kami di ajak untuk menonton teater yang di persembahkan oleh budak-budak ASWARA; ENDENG TAJELI namanya. Aku lihat student ASWARA ni agak supportive kat rakan-rakan mereka yang buat persembahan malam tu (bagus diorang ni). Keep support and cheering all the way. Mengenai teater ni sendiri , I swear this is my first time tengok persembahan kebudayaan (ntah betul ntah tak je ni - aku pakai belasah je ni tau, sori) secara live. Aliran ceritanya memang mudah untuk di fahami cuma bahasa yang di gunakan (bahasa kelantan lama kot?) je yang aku tak berapa nak faham. Maafla ya, tak ada pulak video 3GP nak di attachedkan dekat sini mengenai teater tu (handphone memory tak banyak, 1 GB je). Aku rasa antara tindakan bijak yang dia orang lakukan ialah dengan meletakkan element 'lawak' kat dlm persembahan diorang. So, walaupun tak faham pun - taklah dull sangat jadinya atau completely membosankan.

Time paling best aku rasakan semasa program ni berlangsung adalah sewaktu kami bertolak balik ke UKM. Time tu, jam kira-kira pukul 11.00 malam. Memang terbaik la Uncle driver bus tu bawak bus double-decker untuk pick up kami. Thanks uncle! Aku awal-awal lagi dah siap-siap, ready nak kat tingkat atas bas tu - just untuk dapatkan seat paling depan sekali. Untuk apa?

Yaah, untuk view macam ni laa....



To think yang kalau naik kat bas biasa, korang takkan dapat tangkap gambar camni pasal akn terambil gambar kepala orang (driver bas tu) and steering bas. Gerenti spoil gambar, isn't?? Besides, bukannya orang tahu pun apa korang buat kat depan tu... Buat la apa pun.. Takde dikisahnya. Oleh disebabkan takdenya orang nak kisah, aku pun choose untuk berkaraoke all the way sambil enjoy this beautiful night view. Haha, classic tak classic?

P/s: Sempat je kitaorang singgah KFC on the way balik tu...

Baiklah sampai sini je coretan pengalaman aku yang tak seberapa ni menjoin program... Dah berape sesi dah ni ha... program je memanjang cik Mimi. Cubalah cerita benda lain sikit. Shopping ke, travel ke... (ehem, ehem) boyfriend ke... Haha... Yang tu tak dapat den nak menolong pasal single the mingle lagi. Anyways, akan datang kalau ada lagi program (dan aku terlebih rajin) akan aku postkan kat blog aku ni untuk santapan mata korang. Sekian, Wasalam.

Sincerely: Mimi Said.

No comments:

Post a Comment