Confessional Preface

Thank you for choosing 'Angelic Confessions' as one of your online reading materials. I'm your host, Mimi. I hope you'll enjoy your visit here and if you could spare some time, please leave your suggestions or recommendation on the comment section below. Thanks again and have a nice day! P.S: This is a personal blog... No profitable ads/spam are allow in here!... I won't appreciate it so please behave...(Mimi Said)...

Thursday, March 22, 2012

Mengaku Jozanerz la pula...

Sehati berlawak - Jozan
Ok, aku tak nak cerita panjang lebar dah...Sesapa je yang tengok Raja Lawak (RJ) jer, gerenti akan serta-merta kenal dua-dua muka kat atas ni... Johan dan Zizan ataupun panggilan mesra dia orang: JOZAN. Cerita yang aku nak sampaikan untuk post kali ada kaitannya dengan mereka berdua ni. 

Dua tiga hari lepas, semasa aku tengah bosan kat dalam bilik.... Otak tengah stress after tengok 15 episode Goosebump from Japan kat Youtube (bukan sebab belajar ke apa)... Cadangnya nak release stress, aku pun pergi lah taip nama 'JOZAN' kat Youtube tu haa...Dengan harapan, lepaslah segala stress dan tension aku tadi. Plan asalnya nak tengok satu dua video je, sekali hambik kau - melekat sampai berjam-jam mata aku kat laptop screen ni: dok tengok lawak dia orang kat Maharaja Lawak dari minggu 1 sampailah akhir. Habis satu Youtube aku redah untuk cari link video JOZAN nih. Seriously, lawak diorang ( x semua lah, kadang2 tu ade yang bosan gak...) memang gegila punya LAWAK... Originally, aku ni tak berapa nak minat sangat la dengan diorang ni (peminat NABIL), tapi bile tengok je dua orang ni start perform kat pentas tu: link maharaja lawak Nabil yang ada kat bawah tu pun aku buat tak kisah dah.. Buat-buat tak nampak je...(ngahaha). Sampai cmtu sekali penangan mereka ni.. Haha. Sorry Bang Bil, beralih arah sekejap support aku kat kau (nanti top up balik eh tengok skit Bang Bil kat Maharaja Lawak tu).

 Terasa lah sedikit menyesal sikit pasal tak dapat tengok dia orang punya persembahan time premier - apa boleh buat, rumahku tak ada ASTRO WARNA... Yang ade channel2 hampeh kelapo joo...But better late than never, right? And dapat tengok semua persembahan mereka di Youtube (credit ntuk uploder, korang mmg terbaek lar...) buatkan aku rasa gembira  & serta mertanya membunuh rasa tension aku tadi tuh. Aku dah pun like fanpage Zizan tadi kat FB (lepas ni Johan pulak kot?) sebagai tanda support aku kepada diorang dekat industri seni tanah air, Malaysia yg kucintai (macam pelik je ayat ni)... Bagi yang belum tengok lagi Maharaja Lawak macam aku dua tiga hari lepas, sila-silalah berbuat demikian ye di Youtube. Gerenti korang takkan menyesal punyerr....


Sebelum mengakhiri post aku kali ni, aku nak cakap sorrylah sesangat jikalau ayat-ayat dalam post aku kali ni sempoii perabis (influence from comment2 Jozanerz kat Youtube la nii...). Next post aku tukar balik. Haha. Selamat tinggal kawan kuu... (lagu Dina ft Zizan). Wasalam.
Sincerely: Mimi Said

3 comments:

  1. kalo nak lepas tensen gi... tgk pulak slot "oh yeah" sure gelak guling2.....hahhah... kesian ko ru kenal korg ekh...anyway... tbaik...atleast ko try gak lawak dorg...hahhah

    ReplyDelete
  2. Dlu minat gak tapi x la sehebat pas tgk Maharaja Lawak...Oh Yeah! tu aku dah tengok dah dan sesangat best!!! Tula sedey gak x tgk awal2 (ketinggalan gle rasenya aku nh...). Nasib baik ader Youtube, lau x smpai ke sudah x tau kelawak kan diorang ni...

    ReplyDelete