Confessional Preface

Thank you for choosing 'Angelic Confessions' as one of your online reading materials. I'm your host, Mimi. I hope you'll enjoy your visit here and if you could spare some time, please leave your suggestions or recommendation on the comment section below. Thanks again and have a nice day! P.S: This is a personal blog... No profitable ads/spam are allow in here!... I won't appreciate it so please behave...(Mimi Said)...

Saturday, December 3, 2011

Christmastime at MidValley,Megamall

Asalammualaikum semue... How are you guys doing? Hope everything went well in your life.

Rasanya baru je berapa hari lepas aku post, kali ni post lagi... Muahaha. Terlebih rajin la pulak kan?
Al-maklumla, hujung tahun... Active la sikit aku merayap memana kan...

This time punya post, aku nak cerita sikit pasal aktiviti yg aku buat dengan roommate aku on our very first outing. This activity is one of my favourites: watching movie. A bit excited sikit sebab this is first time aku nak round-round KL tanpa supervision parents aku.

Kisah outing aku ni bermula bermula bila kawan kepada roommate aku, Tirah datang melawat ke bilik kita orang dan minta temankan tengok wayang 'Ombak Rindu' lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz yang tengah meletop tayangannya kat Malaysia sekarang ni (tiket asyik sold out jer memanjang) dekat MidValley Megamall. Aku yang tak pernah merasa ke sana / naik Keretapi Tanah Melayu (KTM), amikla this opportunity untuk tag along. Diaorang nak beli tiket awal (karang habis pulak lagi), so aku mintaklah dia orang toling belikan sekali tiket tu untuk aku.

First checkpoint - macam biasalah kalau korang student UKM, menunggu bas 6K-6Z UKM tuh sampai. Kalau berduit sikit and korang in a hurry, bolehlah naik teksi ke (mahal sikit) atau bas rapid kl (RM1.00 sekali naik). Nak jimat punya pasal, kami decide tunggu bas aje. Adalah menunggu sampai nak dekat sejam. Once bas sampai je, kita orang terus hop in. At first, aku ingat jauh sangatlah KTM tu dengan UKM tu. Tak lah pulak aku tahu wujudnya station KTM berhampiran dengan UKM ni. Oh, dekat rupa-rupanya....

Tiket yang kitaorang beli from UKM to Midvalley (2 way), harganya cumalah RM 6.40. Murahlah kan tu. Kenapa aku tak naik bas atau teksi je? Well, yang itu terima kasih banyak-banyak dan kirim salam sajalah. Aku tak nak perabis duit sebelum sampai Midvalley oii...

Dari UKM ke MidValley ni adalah lebih kurang 7 stesen yg aku lalui. Tak ingatlah pulak aku kan, semua nama stesen tuh. Seriusly, time kat dalam KTM tu teramatlah crowdednya. That's givenlah since hari yang kita orang pergi tu pun, hari Sabtu. Aku perasan ramailah jugak bebudak U dok naik KTM nk pergi MidValley nih. Rata-rata maybe datang sini untuk lepas tension or lepas penat belajar mcm aku gak- yelah tuu.


Laluan yang menghubungkan antara KTM dengan MIdvalley.
Di sebabkan wayang start pukul 2 pm, kita orang pun ronda-rondalah di sekitar MidValley ni, intai-intai apa yang ada kat sini. Banyak sungguh kedai-kedai kat dalam ni. Yang kurang cuma duit di kocek jer.. ahahahakss... 

Permandangan dari atas... Korang nampak tak topi pink tu?
Hehe, terasa nak rembat la pulak....            
Adakah ini yang dinamakan 'White Christmas'
macam lagu-lagu Inggeris kat radio tu?
                                      
                                                       Kami tengok wayang kat sini.... :)
                           
                                            Vintage Charmbracelet: Sangat cantik tapi agak mahal
                                            berbanding charmbracelet biasa.
Myself. Peace everyone. 
Sekian saja cerita aku mengenai visit ke Midvalley kali ini. Sorilah, aku malas ya amat nak buat review ke apa kejadah untuk filem "OMBAK RINDU"tu.  Tapi, kalau korang nak tahu juga - ini jelah serba sedikit inti patinya... Diaorang tak gunakan 100% jalan cerita dalam NOVEL untuk FILEM ni. Possibly nak elakkan jalan cerita dari meleret. Dah, itu aje. Korang boleh expect no spoiler from me.

Sekian sahaja post aku untuk kali ini; Wasalam.

Sincerely: Mimi Said.

No comments:

Post a Comment