Let the Confession Session Begins....

Thank you for choosing 'Angelic Confessions' as one of your online reading materials. Enjoy your visits in here and if you could spare some time, please leave your suggestions or recommendation on the comment section below. Thanks again and have a nice day! P.S: This is a personal blog... No profitable ads are allowed in here!... I won't appreciate it so please behave...(Mimi Said)...

Monday, November 28, 2011

Sleeping Beauty Sleeps Away...


Hidup sebagai student U ni, tak kiralah kat mana pun korang berada - memang takkan lari daripada kerja assignment, project, tutorial.. blah blah.. yang lain seperti yg korang sedia maklum... Tapi, bagi aku, itu bukan masalah utama. Masalahnya adalah bila aku susah sangat nak bangun pagi dan berikutan itu, susah sangat nak tepat pukul 8.00 pg terpacak kat depan fakulti aku.. Korang ada masalah macam ni x? Kalau ada tu, samalah KITA and kalau tak tu, baguslaa..

Haha, memang aku admit la yg aku ni pemalas/liat gegila babeng untuk bangun pagi-pagi... Aku suka bangun ikut time aku ajer, and that is - pukul 11.30 pagi!!! Wakaka, terserlah la keMALASAN aku yang melampaui batas tuh... It's like what they said, old HABITS, die HARD... Ikutkan record sepanjang 3 bulan aku kat UKM ni,  adalah sekali aku tak pergi class (bukan sebab suka ponteng, malas bangun je). Sampai 2 classes pulak tu (HAMBIK KOO!!!). Perghh, mengucap panjang jugakla aku bila aku check jam time tu... 10.30 pagi!. Kelas start pukul 8.00 pagi cik Mimi oii. Yang bangun pukul 10.00 tu buat apa? Memang terbaik... 

Kadang-kadang, aku terpikir jugak, kan ke bgus kalau kelas aku ni semuanya petang jerr. Gerenti takkan adanya masalah aku termiss class ke, terlajak tidur ke, so on and so forth... Leceh-leceh. Dahla aku ni jenis susah nak bangkit awal. Dulu time sekolah lu, boleh la omak tolong kojutkan, matrix pun pasal kelas mmg usually start pagi. Time U ni, haik lecehla plak.. Roomateku pulak kelas awal, aku nak dekat tengahari baru start... Haru la camtu, kan.. Hmph, nak tak nak diri ni kenalah dirajinkan jugak untuk bangun pagi agar takkan MISS KELAS LAGI... Ngeee

OKlah, itulah di lemma aku serba-sedikit sebagai student U.. Nak bebel banyak2, lebih2 malas lagi la.. Pemalas jer memanjang.. Tu pasal lah bangun lambat tu (bak kata mak aku).

Till then, see you guys around...

Sincerely: Mimi Said

Friday, November 25, 2011

Bad Haircut 2008

                                                           Don't laugh, it HAPPENS!


Semasa aku sedang bosan dan randomize tengok gambar-gambar lama aku, DANG! Tiba-tiba aku ternampak la pulak gambar ni... Wohoo! Malu gila bila tengok balik! Haha, still it is a part of 'my life' jugak, so aku upload lah untuk tatapan korang semua. Only in HERE!. I swear, sejak kecik lagi sememangnya orang-orang dewasa sekeliling aku sangat pantang nampak aku berambut panjang. Asal panjang je sikit, mulalah nak lambai-lambai pastu - chop it off! Kejam sungguh kan? Bila aku tanya je kenapa nak potong, diorang kata nampak sebab tak sesuai dengan muka aku. Macam tu pulak. Pelik tol.. Korang rasa betul ke?

If you guys asked me, kenapa rambut aku jadi camni... Haha, blame it on my MOM. My mom punye kerja lah ni; kononnya nak prove that she can cut my hair better than any saloon I went, and ... in lah dia HASILNYA (kejadah?). Memang time tu aku bengang habis lah dengan mak aku, apa ni janji potong rambut awesome-awesome, pasai apa rambut aku jadik camni pulak? Boleh lak dengan muka tak bersalahnya, dia kata cantik. Yelah mak aku.... cantiklah sangat kan rambut camni~

Nak tak nak, ke saloon gakla aku lepas tu untuk kasi trimmed mana-mana part rambut yang mak aku tak habis trim. Menyirap jer aku dekat mak aku seminggu tu. Since that day, jangan haraplah aku nk kasik mak aku potong rambut aku lagi.. NORWAY! Oppss... salahla pulak... NO WAY! Haha, much better.

And sebagai kenang-kenangan jugak, sempatlah aku snap beberapa keping gambar since it's not like everyday I'm wearing this kind of hairstyle. Tu yang korang dapat tengok ni... Haha, tolonglah jangan kutuk. Mishap happens all the time.

*Mimi says: Dh lama tak simpan rambut panjang, maybe this year aku start simpan rambut balik...

Monday, November 21, 2011

Selena Gomez- When the sun goes Down


Released: June 28,2011 I had heard all of her songs and the BOLD one is the one that I suggested for you to hear; No. Title 
1. "Love You Like a Love Song" 2. "Bang Bang Bang" 3. "Who Says" 4. "We Own the Night" (featuring Pixie Lott) 5. "Hit the Lights" 6. "Whiplash" 7. "When the Sun Goes Down" 8. "My Dilemma" 9. "That's More Like It" 10. "Outlaw" 11. "Middle of Nowhere" 12. "Dices" (Spanish version of "Who Says")
 *Mimi says: Not bad, still cannot be compared with DEMI LOVATO.

Thursday, November 17, 2011

Me and the Other Crushes... (2004-2011)

Oh my, sedar tak sedar zaman matrik dah pun berlalu pergi... Rindu jugak kadang-kadang bila teringatkan member-member dekat sana dulu. Apa lah agaknya yang die orang tengah buat sekarang ni kan? (daydreaming kejap).

Baiklah, untuk post kali ni - aku tak terasa nak bercerita pasal activities yang aku buat dekat UKM ni dah. Cukup-cukuplah tu kan - dah 3 post dah ni aku asyik bercerita, sampai aku sendiri pun naik jemu. So, kalau taknak cerita pasal aktiviti yang aku buat kat UKM, nak cerita pasal apa lagi? Hehe... maka dengan itu, aku sendiri pun came up lah with a new topic: Crush aku sepanjang zaman aku bersekolah. Huhu, tak mo lah gelak - still hot topic ni...

Bagi memudahkan kerja supaya tak celaru sangat, aku akan bahagikan stage CRUSH aku ni kepada 4 era: Darjah 6, Form 4, Matrix dan paling latest sekali, UKM. Yelah, senang sikit korang nak distinguish kan, kan?

Darjah 6: Budak lelaki pertama yang berani tegur aku kat kelas

Die tanya kenapa aku pendiam sangat dekat dalam kelas... Haha, believe me - inilah first time orang tanya aku soalan macam ni... aku pun tak tahu nak jawap apa. Budak lelaki ni taklah hensem sangat or tinggi pun orangnya, tapi kalau nak kata cute tu - bolehla. This boylah yang paling lama aku ade CRUSH pasal after primary school pun, kite org still satu sekolah until Form 3. Aku suka bila dia buat lawak (sedikit immature tapi smart), and aku rasa dialah boy yang paling COOL time tu. Apa yang aku ingat, this boy selalu kenakan aku once dia tahu yang aku sukakan dia.. Still, one-sided-love remains one-sided-love as dia sekarang pun dah ada girlfriend. Maybe 4 tahun lebih kot die orang couple (tak amik pusing sangat), from what I heard from my friends. Anyway, memandangkan aku pun tak pernah serious dengan crush aku yang pertama ni... aku harapkan dia bahagia je walau dimana pun dia berada. May our paths would never ever crosses again so situation tak menjadi awkward..

Form 4: My "Angel Neko"

Dia ni lah crush aku yang paling sekejap bagi mengubat kebosanan setelah crush aku yang pertama tinggalkan sekolah after Form 3 ( dia masuk boarding school). Tak lama pun minat aku dekat mamat ni pasal dia sendiri pun adalah minat dekat 1 budak baru dan aku palinglah tak nak di labelkan sebagai budak budak SS (SYOK SENDIRI). So, BYE-BYE je lah jawabnye... Kenapa aku panggil die "Angel Neko"? Pasalnya, dia baik and comel sangat macam kucing ( NEKO is a term for CATS in JAPANESE).

Matrix: The mystery guy

Hah! Hapa yang mystery sangat pasal dia nih? Well, first thing first - dia ni bukanlah hantu ke apa ke or jelmaan makhluk halus... Normal, okay?  Just a random guy yang from the first moment I laid my eyes on, aku terus FALL IN CRUSH, The best part is, aku langsung tak tahu nama, atau apa-apa pun yang berkaitan dengan dia... Apa yang aku tahu cumalah, dia budak sains Fizikal. Itu aje. Praktikum berapa  pun aku tak tahu. Disebabkan agak susah nak berjumpa dengan dia, setiap kali keluar ke apa, aku akan tercari-cari jugak this Mystery Guy... I wonder where he's now??? Sumber inspirasi aku untuk compose sebuah lagu yg bertajuk " Tracking Device".

UKM: ????? 

Ntahla...Still, mencari-cari... Siapalah lelaki yang bakal aku sukai lepas ni.. Heharap kali ni, tahulah nama and apa jurusan dia... Lagi best lagi kalau dia bukan CRUSH aku, but tukar title as 1st BOYFRIEND aku.. Tak ke mantap cenggitu? Maybe, but I don't put my hope too much...

Okaylah, itu sajalah serba-sedikit mengenai crush aku di sepanjang waktu aku bersekolah... Bunyiknya macam lama je kan, but itulah realiti hidup. Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat. Walaupun macam tu, aku still happy dengan solitary life aku dan selagi takde sesiapa interfere, I'm fine with it. :)

Sincerely: Mimi Said.

Sunday, November 6, 2011

Pebarisan SUKEM 2011: A night to REMEMBER!

Seperti yang aku janjikan dalam post aku sebelumnya, here it comes: pebarisan SUKEM UKM 2011 yg aku join recently. Baru tak sampai berapa bulan aku masuk UKM, terasa banyaknya program yang aku dah join. Dan seperti program-program yang sebelumnya jugak, aku dan member-member lain mewakili Kolej Ibrahim Yaakub. Honestly aku katakan, aku join SUKEM pasal 'paksarela'. Budak specky macam aku ni, manalah nak minat dengan kawad-kawad ni semua. Training je, dah cukup intensive sampaikan ade satu hari tu kite orang terpaksa balik pukul 1.00 pagi semata2 nak 'sharpkan' training... Okaylah, perbarisan in two days time - aku boleh terima lagi... But, bayangkan pulak time tu tengah hujan renyai-renyai (-.-): Selama 5 jam pulak tu... nightmare jugalah bila di fikir-fikirkan balik... (haha, yeye je aku ni). Anyway, the good news is that, we are the 2nd runner up. Aku tak ingatlah pulak kolej mana yang menang tu...  Below are some pictures of my friends and me...

From left: Aku, Amyera, Athirah dan... maaf... tak ingatlah
nama awak...  Budak KIY.
Yang comel-comel specky ni namanya Bazilah,
roommate kepada Amyera tadi.
 Yang tengah tu... aku rasa student part-time...
Sebelah dia, K.Lin.
Okaylah, sampai sini jelah dulu ya post aku. Terasa malas la pulak nak update lebih-lebih pasal aktiviti aku dekat UKM ni. Mesti readers yang mengikuti perkembangan blog ni terasa muak kan?
Haha, anyway - thanks for reading this post!

Sincerely: Mimi Said