Let the Confession Session Begins....

Thank you for choosing 'Angelic Confessions' as one of your online reading materials. Enjoy your visits in here and if you could spare some time, please leave your suggestions or recommendation on the comment section below. Thanks again and have a nice day! P.S: This is a personal blog... No profitable ads are allowed in here!... I won't appreciate it so please behave...(Mimi Said)...

Saturday, October 29, 2011

Demi Lovato New Album - Unbroken


Bagi sesapa yang yang tak tahu, aku ni memang one of die-hard fans of Demi Lovato. Before this aku admit, yang aku actually tak berapa minat sangat dengan lagu genre ala-ala pop rock but after aku start dengar lagu-lagu Demi je, terus aku declare: Aku boleh layan gak rupenya genre nih!

Aku pasti, bagi sesiapa yang melawat blog Demi baru-baru ni mesti ada dengar pasal kes cubaan bunuh diri and self-multilation dia sebelum ni... Well, despite of being a great muscian - I guess everyone still had their own issues and demon to fight with. Namanya somebody tu nak appear to be perfect all the time tu memang susahlah kan...
So, sebagai fans yang memahami, aku tetap support dia...

Baru-baru ni ( 22 Sept 2011), Demi dah keluarkan studio album ke-3 die yang bertajuk: Unbroken. Hah, bagi sesiapa yang belum dengar lagi a single song from album ni, boleh lah start look around by opening Youtube. Album baru Demi ini lebih kepada genre R&B and Pop; salah satu genre fav aku. Aku ada jugaklah baca comment kat Youtube tu, apasal Demi buat genre shift after well-known dengan aura "Pop Rock" dia? Bagi aku semua tu tak jadi masalah pun... Still great if Demi Lovato who's the one singing it. Manusia - biasalah; sukalah condemn orang tak tentu pasal...

Below is the tracklist from Demi Lovato new album: Yang aku bold memang aku highlightkan dalam suggestion aku. Gerenti cambest!

1. "All Night Long" (featuring Missy Elliott and Timbaland)
2. "Who's That Boy?" (featuring Dev)
3. "You're My Only Shorty" (featuring Iyaz)
4. "Together" (featuring Jason DerĂ¼lo)
5. "Lightweight"
6. "Unbroken"
7. "Fix a Heart"
8. "Hold Up"
9. "Mistake"
10. "Give Your Heart a Break"
11. "Skyscraper"
12. "In Real Life"
13. "My Love Is Like a Star"
14. "For the Love of a Daughter"
15. "Skyscraper" (Wizz Dumb Remix)

Well, sampai sini sajalah post aku kali ni. Aku sebenarnya tengah tunggu Selena Gomez keluarkan album baru dia although, sorry Selena fans - her songs mostly SUCKS!. Anyway, sebagai open-minded music fans, aku tak kisah lah macam  mana artist international ni nak buat lagu mereka, asalkan lagu yang dihasilkan bukan nya sampah.

Mimi says: Tak sabar nak tunggu album baru from Jason Mraz and Justin Bieber. :)

Thursday, October 27, 2011

Cybercamp 2011 - HPA here we go again!




                                    Lokasi: Hutan Pendidikan Alam (HPA),UKM Bangi.

This week aku posting lagi kt blog aku sebab ada cerita baru nak kasi mari - aktiviti aku pada minggu lepas ( 22-23/10/2011).

Sempena nak sambut semua student first year, faculty kite org ada anjurkan satu program ni; Cybercamp Night namanya (sesi 2011) untuk kami join. Although pada mulanya terasa malas nak pergi ( pasal penat last week punya aktiviti pun tak habis lagi), at long last aku join jugak la untuk bagi support kat ajk-ajk PERTAMA FTSM yang dah berpenat lelah prepare program ni. Besides, aku kan student baru so aku fikir agak 'kurang sopan' kalau aku tak join. Macam aktiviti yang aku join sebelumnya, aktiviti ni pun berlangsung selama dua hari.

Basicly program ni semacam bagi aku peluang la untuk jumpa senior-senior, berkenalan ( walaupun masih tak semua yang aku kenal at the end of the day) dan beramah mesra. Kira okay la objective utama program ni, bukan sekadar datang suka-suka and buang masa ajer... Dapat juga aku buat member-member baru macam kat bawah ni ha...

Okey, first thing first aku nak introduce kat korang roomate aku.
Nama dia Athirah Azman.
Tua setahun je dari aku, but baby face perabis
menampakan macam kami ni sebaya. Biasanya aku panggil
dia Tirah je untuk mansuhkan seniority tu (kurang asam tak aku?)
Yang kat sebelah aku ni namanya Afiqah Azahari.
Kami panggil dia Piqah je. Comel orangnya.
Semester satu ni aku tak banyak sangat kelas
dengan dia so kami taklah kenal sangat.
Next semester perhaps?
Group photo: Masa memula hang out amatlah aku tak ingat
nama diaorang ni semua. Tapi sekarang, sudah pro...
From left: Kak As, Kak. Lin, Amyera, Nazirah and Afiqah.
Roomate aku kat atas tadi takde dalam group photo ni
pasal dia jadi camera woman.
Ok, before I went to the juicy part about this program, biar aku explain sikit mengenai title post aku kali ni, Cybercamp 2011: HPA here we go again... Ape reason aku tulis camni? (hehe, bukan saja nak gedik tapi inilah kenyataan).

Lebih kurang ( ayat orang tak berapa nak pasti) 22 Sept 2011 lepas, aku ade join aktiviti rekreasi dekat Hutan Pendidikan Alam (HPA) ni. Macam biasalah kan, kalau sebut je hutan tu - dah confirm-punya-sure aktiviti aku tu adalah 'JUNGLE TREKKING' (takkan main masak-masak pulak kan?). Aku join aktiviti tu dengan beberapa orang budak kolej aku yang lain. Tak post dekat blog ni rasanya gambar -gambar aku masa join aktiviti tu tapi kalau korang tak percaya dan nak tengok bukti, ini dia kat bawah ni;

Muka wakil-wakil KIY after habis Jungle Trekking.
Walaupun tak satu hutan tu aku redah, mainly aku dah tahu la macam mane rupanya HPA tuh.. Jadi bila join program Cybercamp ni, taklah aku tercongok-congok datang macam tak tahu apa-apa kan? Hehehe...

Macam biaselah kan, kalau ade program je- mesti ada activiti, ye tak? Dan, kalau dah ada activiti tu... mestilah akan ada grouping nya pulak... Sepanjang hidup aku bergelar student, dah macam-macam group dah aku masuk, hatta bermacam-macam nama jugalah yang aku dah came across; this time around, aku masuk dalam kumpulan yg di namakan sebagai "GeeForce"... Maksudnye? Jangan tanya aku pasal bukan aku yang cadangkan. Tanya mamat baju merah yang tengah cakap kat bawah ni. Syahwal namanya. Aku honestly tak kenal dia since dia bukan satu course dengan aku. Tapi, mamat ni lah yang bertanggungjawab bagi nama "GeeForce" tu.

Discussion yang semacam serious...
Goody bags yang kami terima lepas join
program ni.
Pemandangan normal dekat HPA ni...
# Ada satu activiti ni yang memang langsung tak ada dalam tentative prog tapi sebenarnya ADA!. Yes, NIGHT WALKING namanya. Bagi sesiapa yang pernah sertai activity ni; seram tak seram, takut tak takut die korang jangan tanya akulah. Korang semua mesti paham sendiri jer kan?

Sebelum aktiviti macam haram spesial ni dimulakan, time tu aku baru je nak start lena. Dahlah penat seharian buat aktiviti siang tu; mimpi baru start nak masuk yang sedap-sedap; sekali DANG! AJK program ak.a senior kami, datang kejut pula kejut pulak dah. Bayangkan - time tu pukul 2.00 pagi...
Nasib baiklah aku tak karate-do kan je, orang yang kejut aku tu.

So, dengan terpisat-pisatnya bangun, tak sempat nak mencapai glasses aku ke apa; kita orang pun di arahkan lah turun ke padang. Berkumpul lah satu demi satu manusia kat situ. At first, aku yang naive ni ingatkan kita orang yang di arahkan berkumpul ni pasal tak cukup orang ( manalah tahu ada yang sleepwalking masuk hutan, terus tak jumpa jalan pulang ke), sampaila AJK suddenly umumkan pasal activity ni....

Creepy jugak la, the first time aku dengar...

Cerita bestnya datang bila tibanya giliran group kita orang untuk masuk dekat dalam hutan tu. Aku ingatkan, bolehlah kami masuk secara berjemaah; sekali hambik kau - dia lepas sorang-sorang dorhh... Every 5 minit, yang lain pulak masuk. Lain pulak masuk. Really macam @#$#!

So, memang dah adat lah kan - kalau dah berkumpulan tu, ketua kenalah masuk dulu. Bagi tunjuk berani dia sikit dekat anak-anak buah ni (haha). So, berlalulah ketua aku tu menunjukkan keberanian dia, diikuti anak-anak buah yang lain. Aku yang standing nak dekat-dekat last ni, relaks-relaks je lah dulu. Muka kasi tunjuk poker face aje Then, tibalah turn untuk adalah satu ahli kumpulan aku ni (perempuan) untuk masuk... Dia masuk betul-betul sebelum giliran aku. Adalah dalam 2 minit dia masuk dalam tu, sebelum dia.... Arghhhhhhhhh!!!! Bapak eh la, sekali menjerit! Instantly bulu tengkuk aku start meremang right then and there.

Abang senior yang tunggu depan aku tu pulak dengan muka relaks bercampur selambanya cakap - "Ha, itulah dia jeritan pertama kita untuk malam ni...". Ayat dia sangat tak boleh blah! Muka dah start tunjuk jahat untuk takutkan aku yang bakal masuk ni. Ikutkan hati, rasa nak angkat kaki cabut lari je. Mata aku ni pun jahat juga, curi-curi tengok dekat handphone abang tu pulak ( rules masa buat aktiviti ni; no phones, no torch light, bunga api ke apa) ... Time tu betul-betul pukul 3.00 pagi. Memang dah cukup kasi aku gigil lutut but aku buat-buat 'brakut' je ( berani + takut).

Maka, masuklah aku kedalam hutan yang gelap gulita tu. Senior-senior standby, ada budak baru nak masuk ni. Hutan kan, dah semestinya lah gelap... So, aku jalan jelah slow-slow. Checkpoint dia pulak, adalah dua, tiga ketul lilin-yang di pasang sepanjang jalan tu... Terpikir jugak aku time tu, kalaulah lilin ni semua padam... hisy, alamat memang tak jumpa jalan kuar la...

Otoke? (what to do?)

Luckily for me, disebabkan member kumpulan aku yang masuk sebelumnya tu dah jerit takut, semua 'hantu-hantu' yang bertanggungjwb untuk 'takut' kan die pun rasa menyesal dan sorang demi sorang, startlah pergi pujuk. Tanya okay ke tidak? Boleh continue lg ke? Ke nak abang tolong dukungkan? (Cey, cey - yang last ni aku tambah dialog sendiri). Aku pun, nampak je peluang terbuka luas - terus je ambil kesempatan ni untuk 'pecut' selaju-laju yang boleh, supaya cepat jumpa jalan keluar. Haha, gila lah aku nak duduk terkinja-kinja sensorang dalam hutan lama-lama. Dahlah 'hantu-hantu' tu semua macam nak tak nak je kacau aku. (-_-):. Rasa macam kurang syiok pulak tetiba. Aku rasa aku pecut agak laju jugalah; kurang 5 minit gitu (champion ni) sebelum aku jumpa jalan keluar (yahoo!).

After that, semua berkumpul semula and aktiviti hari pertama pun selesai...

Hari ke-2 pulak, tak heavy sangat macam the first day. Adalah sesi soal jawab dengan alumni-alumni dan kebanyakan soalan yang di ajukan macam biasalah; tanya pasal macam mana nak buat programming, database, C++, camne nak paham tu, paham ni...etc etc... Rajin juga alumni yang turun padang melayan kerenah kita orang ni...

Okaylah, dah naik penat jari aku ni menulis. Itu saja lah activiti yang dah aku sertai minggu lepas. Lepas satu, satu..  Coming soon, akan aku ceritakan pasal kawad infromasi pulak ( khas untuk SUKEM UKM). Post yang tu mungkin tak panjang sangat kot, macam this one. Diharap sesiapa yang datang melawat blog aku ni, enjoyed dengan post aku kali ni.

Wasalam.

Sincerely: Mimi Said



Friday, October 21, 2011

DiGi Leap Programme 2011- Make Changes in Yourself!

Hello, everyone! How you guys doing?

Jadi, minggu lepas aku sahut invitation from company DiGi utk join program anjuran diaorang. Talk about joining program, memanglah aku malas. Bagi aku, kalau takde apa-apa yang important boleh aku gain dalam sesuatu program tu - then, baiklah tak payah pergi je. Satu pembaziran masa, I tell you! But, memandangkan nama aku dah naik (aku pun tak sure cara dia select, probably diorang pakai tarik je name student dari system), so aku pun volunteerlah untuk join. Plus, aku bukannya ada apa-apa benda pun nak di buat hujung minggu tu so, bagilah support sikit kan kat program yang banyak sungguh student-student fakulti aku cuba untuk mengelak ni. (-.-):

Anyway, program yang di namakan DiGi Leap Programme ni berlangsung selama dua hari; Sabtu dan Ahad. Dah pasti-pastinya semua student UKM (fakulti aku, terutamanya) lepak bilik je sebab tak pernah dibuatnya kelas ada kelas time hari minggu. Sungguhpun begitu, masih tak ada student yang sudi untuk volunteer. Hehe.... 

Bercerita pasal program ni - mudah untuk aku katakan, ini bukanlah cubaan pertama syarikat-syarikat luar try tarik nak minat student untuk participate program mereka. In fact, kalau tanya je senior - dah banyak kali dah. Some of them kata yang program macam ni seronok, but if you asked me, aku rasa tujuan dia buat program macam ni adalah untuk tarik minat student kat product mereka je.  Kira macam kasi pendedahan gitu, apa benefit yang boleh dia orang tawarkan. 

As a part of self-promotion lah. 

Secara jujurnya aku cakap, aku ni memang jenis susah nak di persuaded beli barangan ke apa kat luar sana tu. Tunjuk dan taburlah segala janji manis bagai - confirm aku tepis macam lalat je (haha, metaphor melampau aku). Bukan nak berlagak ke apa, cuma bagi aku kalau aku nak beli something tu kan, betterlah aku sendiri je yang cari dari biarkan the salesperson terkinja-kinja try untuk convincekan aku. I don't want to waste anyone time here. They better find other interested customer than me... 

However, masa join program ni; aku terasa ada banyak kebaikannya (selain dapat merchandise free) yang worth mentioning. Antaranya adalah program ini semacam bagi student (especially fresh student macam aku), untuk start thinking out of the box and start make a difference. Tafsiran aku bila dia mentioned benda ni, inovasi dan creativity lah. Buat something out of ordinary or create something new. Something that never had been done, before... Kind of like people who work with DiGi always did.

Kalau nak diikutkan, boleh je aku nak cerita program tu dari A-Z, but program dua hari kan? Terasa pulak malasnya untuk buat entri panjang-panjang (Part I, II, III, IV and V) semua... Ini bukannya travel log. Buang karen laptop aku je menaip panjang-panjang...(haha). So, bagi nak simplify kan dua hari tu - aku persembahkan kat korang; gambar-gambar yang aku capture pada hari kejadian. Ceh, macam dah kes jenayah pulak bila aku cakap macam tu.  Hari kejadian la sangat~ Ah, tak kisahlah... 

Tak banyak pun gambar-gambar ni but I hope you guys enjoy. Apa lagi... layan....  

Entrance Pass die...

Antara benda yang di ajar hari tu....>.<

Jumpa acquaitance baru: Me and Ana.
Aku student Science Computer, dia pulak student
Multimedia. Chance untuk kitaorang bertembung
di fakulti - 50-50. But, she's so nice and polite.
Cool je rasa bila lepak dengan dia dua hari tu.. :)
Banners activity Digi Leap.
Backdrop dia bunyi macam ni: I believe I can fly!!!
Final day of the program.
 I'm pretty sure yang korang boleh nampak
kat bahagian top of my pants tu basah. Ni pasal
time aktiviti baling water balloon tadi, ada satu mamat ni
dengan selambanya baling balloon kat aku
dan balloon tu pulak terkena dekat
kunci yang ada dalam kocek aku tuh. Apa lagi,
bam and I'm out. Haha.


Okaylah guys. Sampai sini dululah post aku ni ye. Ada masa return sini balik. Have a nice day everyone.

Sincerely: Mimi Said