Confessional Preface

Thank you for choosing 'Angelic Confessions' as one of your online reading materials. I'm your host, Mimi. I hope you'll enjoy your visit here and if you could spare some time, please leave your suggestions or recommendation on the comment section below. Thanks again and have a nice day! P.S: This is a personal blog... No profitable ads/spam are allow in here!... I won't appreciate it so please behave...(Mimi Said)...

Friday, December 3, 2010

Some Advice about entering Matriculation College - Just Be Yourself....

Hello there ;) Mimi's here.

Terus terang aku katakan... Masa memula masuk matrix dulu aku selalu tanyakan diri aku dengan banyak gile soalan: "Mampu ke aku nak blaja kat matrix ni?" "Boleh ke aku carry on dgn subject die semua?" "Ada ke kawan-kawan baru nanti?" "Lecturer die okay tak?" "Macam kalau tak pass 1st sem?" "Apa akan jadi nanti to my future?"

Well, itulah antara soklan-soklan yang agak lama bermain-main kat dalam benak fikiran aku. Sebab utamanya mudah aje, aku ni memang pendiam. Dahlah pendiam, susah gile nak berkawan pulak tu. Totally resipi for disaster, I tell you. Tambah malang bila aku langsung takde special someone, a.k.a 'Mr. Boyfriend' untuk membantu aku keluar dari cacoon (kepompong) aku. Lolz. So bile pendiam sangat, kawan pun takde, boyfriend lagilah absent je memanjang - kat mana jelah tempat aku bertanya, luahkan rasa hati semua? Tak hadonya lah kan? Jadi, seperti biasa - meranalah sajalah sensorang...

But, nasib aku boleh dikatakan agak baik. Lepas 3 bulan kat Matrikulasi - akhirnya dapat gak manusia seperti aku ni menyesuaikan diri. Bukannya senang nak reach tahap camni wei, nak nak jenis budak intovert cam aku. Nak tau camne aku adapt? Senang je. Just be yourself!. Okay, bunyi memang agak cliché, but trust me - it works wonders. Aku dah try dah, sebab tu aku leh admit camni. Nak tau camne boleh jadi camtu tu? Meh sini aku explain sikit...

First thing first, ko kena ade level conscience yang sangat tinggi terhadap keupayaan diri ko. Kalau macam aku ni kalau nak dikira dari segi intelek - aku selalu anggap diri aku sebagai seorang yang average. Tak pandai sangat, tak sengal sangat. Aku mampu rajin but also malas di rate yang sama. Korang pun tahu kan, result SPM aku taklah segempak mana berdasarkan post ni. So, nak compare dengan student-student (matrik) yang banyak kat dalam tu; memang lah cam lalat dengan langau je (hapalah punya metaphor aku kasi ni, ah - lantaklah)... So, understanding that as the reality - aku pun malasla nak start berlagak selamba yaya or propa macam aku tahu banyak benda kan? What for? Nanti bebudak start tanya soklan-soklan cepu emas, tak ke mampos?

Justeru itu, aku antara student yang senyap sunyi je dalam kelas (dah ku kata aku pendiam, kan?). Lu tak tanya, gua tak yah jawablah. Bagi aku, belajar ni mesti jujur dan ikhlas. You tak tau mende, jangan berlagak cam tau lak kat member tu. Kang tak silap-silap, terbagi ajaran songsang pulak. Itu dah jadi kes naya. Sian jer kat member yang bulat-bulat percayakan you. Take time untuk understand sesuatu topic tu and most importantly; believe in yourself. Tawakal je, sudah tu. Insyaallah, mesti ada perubahan kat study korang.

Jadi, dengan try to be myselflah, akhirnya berjaya gak aku menyesuaikan diri. Kawan lama highschool aku, Wani memang banyak membantu termasuklah a few classmate aku kat ada sana. Honestly, hidup di matriculation ni tak lah sesusah mana or sesenang mana. Semuanya memerlukan usaha yang berterusan dan semangat yg kental, so rasa-rasa yang cam berapa nak bersemangat tu kena kentalkan jugak kalau nak masuk matrix coz I think that's what matrix is all about :) Of course, on the side-lines; lecturernya pulak tengok jugak; ade yang baik, garang, manis and etc.. banyak jenis.. Kalau korang nak lecturer yang suka ajar laju ada, slow pun ade... yang tak mengajar langsung pun mungkin ade gak kot? Haha, tak amik pusing sangat...

Anyway, belajar di matrik sememangnya memberikan satu impak yg positif kat dalam kehidupan aku khususnya kat dalam bidang sosial. Banyak gila memory yang telah aku bina semasa sem 1 dan moga-moganya sem 2 ni pun lebih banyak lagi memory indah akan tercipta. Insyaallah.

Thank you for reading this entry. See you soon!

No comments:

Post a Comment