Confessional Preface

Thank you for choosing 'Angelic Confessions' as one of your online reading materials. I'm your host, Mimi. I hope you'll enjoy your visit here and if you could spare some time, please leave your suggestions or recommendation on the comment section below. Thanks again and have a nice day! P.S: This is a personal blog... No profitable ads/spam are allow in here!... I won't appreciate it so please behave...(Mimi Said)...

Thursday, May 6, 2010

Going away to Matrix!! Wish me luck, okay?

Hello there :) Mimi's here.

Pejam celik, pejam celik... Dah hampir 2 bulan semenjak aku dapat result SPM 2009 aku... Nak kata okay, tak la ok sangat... Nak kata teruk, tak la teruk sangat pun.. Dari sembilan-sembilan subject tu, aku berjaya untuk dapat 5A sahaja... Well, memang dari mula sampai ke akhirnya, aku dah boleh ramal yg aku boleh dapat tu aje. Dah exam monthly, result camtu je memanjang. Nampak gayanya ramalan aku tu teramatlah tepatnya. Haha, anyway aku bersyukur gile dengan apa yang aku dapat... Semenjak "peristiwa" tu, aku dah semakin banyak belajar untuk terima kekurangan diri aku seadanya dan tak malu untuk mengaku bahawa setiap kekurangan dan kesilapan tu datangnya dari diri aku, dan bukannya org lain. Mungkin korang tak faham, but who cares, right?

What had passed shall always remain in the past. No matter what 'they' say behind me, I'll keep moving forward...

Anyway, sekarang ni hati aku sedikit lega.. Mana taknya, selain dah dapat result SPM, lesen P aku pun dah lepas... Aku start belajar kereta dalam awal bulan Feb-April gitu. Finally, after usaha yang gigih mempracticekan kereta di parking lot - tanggal 22/4/2010 dpt gak aku melihat lesen P tu. Lepas gak aku mendapat lesen keta lepas 3 kali test dengan JPJ bahagian 1 tak lepas2.. Alah yang part naik bukit, parking dengan tiga penjuru tu. Setiap kali amik, mesti ade satu part sangkut. Haha. Teruk tak teruk? :P (Jangan korang 'ye' kan pulak, or aku sekeh sorang-sorang nanti).

Untuk permohonan IPTA (UPU) dengan Matrix pulak, x yah risau aper la.. Dedua aku dapat (fuh, nasib baik). Dahla dedua menda alah tu je yang aku apply. Mampus kalau tak dapat salah satu dan lagi naya kalau takde satu pun yang sangkut! Syukur, dalam diam-diam; nampaknya gayanya ALLAH masih bagi peluang ke-2 tu kat aku... Aku terima peluang ini dengan rela hati.

So, dengan dua aje tawaran but satu saja PILIHAN! Tough decision. Akhirnya, seteleh hot discussion and compromise dengan parents aku - aku memilih ntuk masuk ke Matrix! Yeah! Even tough aku dapat tempat dekat UITM, aku tak pergi la sebab dapat Dip je. Malasla aku. Tiga tahun of my life tu, guys. Parents aku sendiri pun tak galakkan. Nampak gayanya terpaksala aku berusaha keras untuk bersaing ngan bebudak lain di matrix nanti. Al-maklum sajalah, aku ni bukannya power sangat subjek-subjek killer cam Bio, Chem and Fizik.. Doa dan usaha sajala yang mampu aku taburkan.. Heharap adelah kengkawan yang baik hati yang boleh tolong aku kat KMJ nanti..

Itu sajalah luahan hati aku sekarang ni.. Aku dah nak kena stop main Facebook and Myspace.. Lepas ni belajar ajelah yang jadik sarapan, lunch, dan dinner time aku.. Mudah-mudahan aku lepasla Matrikulasi ni agar dapat sambung peringkat ijazah pulak.. Bidang aper, aku sendiri pun tak berapa nak sure... Yang pastinya aku akan usaha lebih!! Ganbatte!

Thanks for reading this entry. Goodbye for now.

No comments:

Post a Comment